Monday, November 3, 2014

10 Muharram

Salam semua...

Rasanya dah lama eyza tak update sebarang entry di sini...Penyakit kemalasan sedang melanda diri ini hehe...


Sempena 10 Muharram 1436H, eyza nak kongsi sedikit info berkenaan peristiwa penting yang berlaku pada tarikh 10 Muharram ini..Jom sama-sama kita hayati sejarah dunia ISLAM.


Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab membuat penetapan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

4 comments:

  1. tq for this info..


    Jemput ke blog saya ye http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  2. Hehe. Sebenarnya mood berblogging ni akan berkurangan setelah berkeluarga. Masa telah dibahagi-bahagikan untuk benda lain dan blog dah bukan keutamaan lagi. Apa lagi jika diri sendiri bekerja. Tengok kawan-kawan kita yang lain; sama kannnnnn..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu EU...memang sejak dah keluarga, nak buka blog pun agak bercinta hehe...kalau ada orang boleh tolong hapdet, memang dah lama eyza upah hihii...

      Delete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke