Semalam ada 2 berita yang menggembirakan eyza tapi memandangkan semalam kusyuk nak menghabiskan bacaan novel yang baru beli tue, eyza tangguh ke hari ini. Ini pun dah pukul berapa baru nak taip sebab nak jugak habiskan cerita tue sampai muka surat terakhir.
Seronok rupanya novel tulisan Siti Rosmizah - 7 HARI MENCINTAIKU (buku dah lama keluar tapi baru tergerak nak beli huhu...). Novel nie menceritakan kisah cinta sejati Doktor Khuzairi dengan Mia Adriana seorang lawyer yang sangat-sangat ego. Banyak konflik berlaku dalam nie yang akhirnya bawa kebahagiaan pada semua terutamanya dengan kehadiran si comel, Alisa Adriana.
Okey itu jer yang boleh eyza ceritakan dan berbalik pada tajuk entri kat atas tue. Alhamdulillah selepas eyza rasa cemburu dengan kemenangan REMY (lawak jer naa remy hihi...) terubat rasa hati bila tengok statistik nuffnang. Tak banyak pun pengunjung tapi cukup menggembirakan eyza ada yang sudi berkunjung di blog biasa nie. Mungkin ini hasil eyza banyak bersegmen minggu lepas.
Dan rezeki kedua pulak berlaku pagi semalam. Selalu eyza mai opis, benda pertama eyza buat sebelum mulakan kerja ialah bukak blog dan tengok kot ada komen dari rakan-rakan blogger. Dan alhamdulillah ada otai datang komen dan tinggalkan pesanan. Terus cepat-cepat eyza bukak fanpage dia dan inilah yang terjadi.
Terima kasih sifoo sebab pilih eyza sebagai pemenang. Walaupun nilai hadiahnya tak besar mana, tapi eyza tetap bersyukur dengan rezeki yang dapat. Yerlah bukan senang tetiba orang nak bagi duit kat kita kan hehe... Dia minta pandangan pasal CELCOM FISRT WIFI dan ini komen yang eyza berikan.
Kalau nak tahu apa itu CELCOM FISRT WIFI kena terjah web dia sebab kat sana ada diterangkan semua dah. Berbaloi untuk orang yang jarang guna broadband tapi dok bayar bil bulanan dan sesuai bagi yang suka travel.
p/s : menaip sambil ditemani lagu raya tapi tak der feel dengar lagu raya sebab mood beraya masih tiada lagi di opis nie heuheuheu...
wah...tahniah..kan remy dah ckp haritu..... rezeki ada dimana mana.....
ReplyDeletesikit atau byk...bersyukur dgn pemberian_Nya....
@Remy hazza hehe hasil eyza cemburukan remy lah...berusaha sampai berjaya jugak dapat rezki nie. Terima kasih remy.
ReplyDeletetahniah..murah rezeki eyza hehe :)
ReplyDelete@misshannajr terima kasih kak...alhamdulillah rezki di bulan puasa hehe..
ReplyDelete