Nama saya KUNING. Saya dilahirkan sebagai sebatang pensel di sebuah kilang membuat pensel. Di sana saya tinggal bersama kaum keluarga dan kawan-kawan baik saya sehinggalah pada suatu hari saya terpaksa berpisah dengan keluarga saya. Sungguh sedih rasa di hati saya. Saya meronta-ronta tak nak ikut tapi telah dipaksa oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Dia mencengkam badan saya kuat sehingga saya menjerit sakit namun sayangnya jeritan saya tak didengari dia sebab dia masukkan saya ke dalam satu kotak besar. Oh gelap rasanya dunia saya waktu itu.
Akhirnya saya bersama kawan-kawan di bawa ke sebuah kedai alat tulis yang terletak di sebuah bandar besar. Saya diserahkan kepada seorang pemilik kedai yang bernama Muthu. Saya dengar tadi orang badan besar tue sebut nama dia sebab tu saya tahu nama pemilik kedai tu. Selepas itu Muthu mengarahkan seorang pekerja dia untuk menempatkan saya di dalam rak di atas sekali supaya saya mudah dilihat oleh pembeli.
Setelah beberapa hari berada di kedai Muthu, saya akhirnya dimiliki oleh seorang budak perempuan yang sangat comel. Maka bermulalah kehidupan baru saya di dalam kotal pensel budak comey tu. Disebabkan rupa paras saya yang elok, saya dijaga rapi oleh dia. Ada juga kawan-kawan dia yang cemburu melihat wajah saya ini sehingga mereka beberapa kali meminta dari dia untuk pegang saya. Tapi dia tak bagi sebab saya milik dia seorang saja.
Saya berasa sangat seronok dijaga oleh tuan yang comel sehinggalah satu hari dia membeli pensel yang baru. Khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi dia. Saya dicampak begitu saja di dalam tong sampah di dapur rumah dia. Saya rasa nak menangis tapi apa boleh buat sebab saya hanyalah sebatang pensel.
Tamat kisah "Saya Sebatang Pensel". Cerita ini eyza buat sebab nak join peraduan yang dianjurkan blogger femes amos iaitu Abang Ensem, Zarul Umbrella dan Azri. Sebab eyza tak ada pic yang berkaitan maka eyza tempek pic eyza masa zaman kanak-kanak ribena jer lah hihi...
Tamat kisah "Saya Sebatang Pensel". Cerita ini eyza buat sebab nak join peraduan yang dianjurkan blogger femes amos iaitu Abang Ensem, Zarul Umbrella dan Azri. Sebab eyza tak ada pic yang berkaitan maka eyza tempek pic eyza masa zaman kanak-kanak ribena jer lah hihi...
Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri [dot]My.
Comelnyer gambo.
ReplyDelete@abang ensem mekasih AE hehe...
ReplyDeleteOh cerita jadi pensel yek...he he gud luck...
ReplyDeletekarangan budak sekolah......
ReplyDeletebest pulak, bila baca.......he3
semoga berjaya nanti......
cmne atok nak joint contest ni??
ReplyDeletemeh joint contest "sapo nak kad rayo" dari atok. Esok hari terakhir yo...
http://anaknegori.blogspot.com/2012/07/contest-sapo-nak-kad-rayo.html
@Si Matatajam hehe tetiba tringat tajuk camtue...tenkiu M.
ReplyDelete@Remy hazza ada ciri2 karangan budak sekolah tak remy hihi... thanks yer remy.
ReplyDelete@Suhami Ahmad atuk klik blog abangensem @ zarul umbrella yer..
ReplyDeleteok nt eyza join contest atok.