Monday, August 13, 2012

Iklan Raya @ Bernas | Hargailah Ayah dan Ibu

Sejak nak dekat-dekat raya nie seronok tengok iklan raya yang dipaparkan. Banyak mesej yang boleh dipelajari dari maksud iklan-iklan itu.


Dan semalam membe eyza dok bagitahu ada satu iklan raya yang memang menyentuh hati. Dan sayangnya eyza tak pernah tengok lagi pun. Maka dengan gigihnya, eyza pi cari kak ODIE sebab nak tumpang tengok di PC dia. Maklumlah dia pakai berokband yang laju jadi boleh tengok iklan tue tanpa ada hentian di pertengahan jalan.


~ syabas kepada pengarah iklan dan pencetus idea jalan cerita iklan ni ~


Bayangkanlah kerinduan Ahmad pada ibunya sehingga membuatkan dia mengambil keputusan untuk balik kampung dengan Fizi walau beribu halangan di luar menanti. Walaupun kepulangan dia ke kampung hanya disambut oleh batu nisan ibunya, tapi tergambar keceriaan di wajah kanak-kanak itu untuk beraya bersama ibunya.


Dalam banyak-banyak pengajaran yang ada dalam iklam nie, eyza tersentuh nak biacara satu benda saja. Hargailah ayah dan ibu kita sementara mereka masih ada lagi di dunia ini. Pulanglah menjenguk ayah dan ibu walaupun hanya sekejap cuma dan jangan tunggu bila raya saja baru nak balik kampung. 


Peluang hanya datang sekali seumur hidup jadi hargailah ayah dan ibu selagi hayat dikandung badan.






p/s : bersyukur sangat-sangat eyza tinggal dengan mak dan abah jadi setiap hari boleh tengok dan jumpa mereka.

6 comments:

  1. di haari rayaaaa..
    terkenang daku kepada si diaa~ sobss

    ReplyDelete
  2. @anna_nana di hari raya teringat daku kepada yg berada jauh di mata namun dekat di hati huhu...

    ReplyDelete
  3. betul tu eyza....
    selagi ada ibu dan bapa..... pulanglah kepangkuaan mereka.... terutama dihari mulia ini.....

    tiada apa yg mengembirakan ibu bapa dikampung selain dari kepulangan anak2nya yg dirindui....

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza setuju kata2 remy..duit ringgit boleh dicari tapi mak ayah tiada galang gantinya.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke