Semalam masa eyza keluar dengan hubby nak isi minyak motor, tengok tu dia stesen minyak sesak. Fenomena yang hanya berlaku bila kenaikan harga minyak diumumkan kerajaan.
Tapi situasi agak mengecewakan ialah sebaik sahaja PM umum dalam berita pukul 8, ada pengusaha kedai minyak yang mengambil kesempatan untuk tidak menjual jenis minyak yang naik harga. Secara automatik, jenis minyak berkenaan dikatakan HABIS. Walhal sebelum pengumuman tu keluar ikut TV, elok jea minyak tu ada lagi...huhu...Kerenah orang berniaga demi UNTUNG besar kan?
![]() |
| ~ pic yang sempat eyza ambik di salah sebuah stesen minyak di Alor Setar ~ |
Dan pagi ni baca dalam internet, macam-macam terjadi semalam selepas harga minyak diumumkan naik...Antaranya ialah :
Akibat kenaikan harga minyak malam tadi, kekecohan berlaku di seluruh negara sehingga menyebabkan sebuah pam minyak di Batu Buruk, Kuala Terengganu dilanggar.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta terlanggar pam minyak di stesen berkenaan menyebabkan kaca dan plastik bertaburan.
(sumber : YAHOO)
Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.
Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.
(sumber : YAHOO)
.jpg)





