Salam u olsss...
Tadi terbaca satu artikel dalam SINAR HARIAN
pasal isu yang ditujukan untuk semua blogger. Harap semua blogger
termasuk diri ai sendiri ambik teguran dari MB Terengganu itu sebagai
satu nasihat.
KUALA TERENGGANU - Penulis blog di negara ini diingatkan supaya
menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan
ajaran Islam, tetapi merugikan negara dan penduduk tempatan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata masyarakat
tempatan memang mudah terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah
yang dimuatkan dalam pelbagai blog.
"Sehubungan itu penulis blog perlu lebih bertanggungjawab dengan
menyiasat terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita bagi menentukan
kebenarannya sebelum dimuatkan dalam blog mereka.
"Bagi pihak kerajaan, saya sedia bekerjasama dengan penulis blog dan
memberi sumber-sumber dan fakta yang tepat mengenai pembangunan negeri
Terengganu untuk bahan blog saudara-saudari," katanya pada majlis
perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan penulis blog di kediamannya
di Seri Iman, malam tadi.
Kira-kira 80 penulis blog dari Terengganu dan luar negeri ini berkumpul
atas jemputan khas Menteri Besar bagi bertukar pandangan dengan
pemimpin kerajaan negeri ini.
Ahmad berkata pemimpin politik sering menjadi mangsa fitnah dan
kerajaan sesebuah negeri boleh jatuh kerana penyebaran berita yang tidak
benar berkaitan kerajaan yang memerintah.
"Jika keadaan ini berlaku rakyat yang akan menanggung kerugian kerana
apa yang ingin dilakukan oleh pemimpin kerajaan sekarang ini tidak dapat
diteruskan di masa depan kerana mereka tidak lagi menjadi pemimpin,"
katanya.
Sementara itu dalam sesi dialog bersama penulis blog berkenaan, Ahmad
berkata kerajaan negeri amat menghargai sumbangan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) bagi membantu merancakkan pembangunan di Terengganu.
Beliau berkata terdapat hampir 1,000 NGO di negeri ini dan daripada
jumlah itu lebih 300 pertubuhan amat aktif dan banyak membantu kerajaan,
termasuk menyebarkan maklumat mengenai pembangunan negeri ini kepada
rakyat.
"Pada tahun ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta untuk
diagih kepada semua NGO bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan
masing-masing," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)