Tuesday, January 3, 2012

Orang Melayu Masih Kaya Budi Bahasa

Salam u olsss...


Semalam masa tengah lepak2 minum bersama family kat medan selera tepi rumah dalam pukul 10.30 malam terdengar satu bunyi kuat. Lepas tue tengok ramai orang dah berkumpul tepi jalan.





Rupanya berlaku satu kemalangan antara kereta dan motor. Masa ai sampai kat tempat tue tengok dah ramai yang mengerumuni penunggang motor tue. Dia terduduk tepi jalan sambil menahan kesakitan. Mangsa motor tue seorang apek Cina. Ingat nak tangkap gambar tapi akibat tak berapa nak berani maka tak der la gambar kemalangan tue di entri ini. Lagi pun ai takut akan terbayang2 muka dia yang berlumuran darah tue nanti masa nak tidur (siap letak surah Yassin bawah bantal satu dan tepi bantal satu takut teringat kejadian tue hehe....).


Okey apa yang ai cakap nie berkenaan sikap bangsa Melayu semasa kemalangan tue berlaku. Walaupun mangsa yang dilanggar tue apek Cina tapi ai kagum dengan sikap orang Melayu sendiri. Ada yang mententeramkan apek tue, ada yang mengawal lalulintas, ada yang tolong menelefon ambulans dan kebetulan tempat berlaku kemalangan tue agak gelap, masa pihak petugas JPA datang nak beri rawatan awal ai tengok ramai yang datang menyuluhkan cahaya dari telefon bimbit masing2 untuk memberi sedikit cahaya.


Kiranya dari mula kemalangan berlaku hinggalah apek nie dibawa ambulans JPA, memang bangsa Melayu nie lah yang dok tolong apa yang patut. Cuma satu hal jer yang tak okey sikit pasal salah seorang petugas JPA nie. Sarung tangan getah yang ada kesan darah yang dia gunakan untuk merawat mangsa tue dicampak begitu sahaja atas jalan raya Sungguh kurang sopan perangai petugas tue. Kot ya pun, apa salahnya dia masukkan sarung tangan tue dalam plastik dan dibuang bila sampai di hospital.



2 comments:

  1. petugas tuh nak kene ceramah kut..
    yups,bagi mas,sikap org Malaysia masih lagi tahap terbaik dari negara China

    ReplyDelete
  2. @MaYa MustWany mmg pun so cik mas sila kasi ceramah kat dia hehe...
    betul tue mas. org melayu menolong tak kira bangsa.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke