Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts
Showing posts with label KEMALANGAN. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Dugaan Syawal 2012

Seperti entri semalam yang eyza bagitahu ada dugaan berlaku kat keluarga kami kan, dan sebenarnya yang lebih tepat lagi dugaan untuk adik eyza.






Sepatutnya raya tahun nie mereka beraya di Alor Setar dulu tapi memandangkan raya ketiga hubby dia kena masuk kerja dah maka mereka balik ke Perak dulu pada malam raya.


Masa eyza dan mak ayah on da way balik dari beraya malam pertama tue, mak eyza dapat call dari adik. Ingatkan saja dia call nak tanya pasal raya tapi rupa-rupanya bagitahu mereka terlibat dengan kemalangan.


Berderau darah semua orang bila dengar berita tue. Risau sangat-sangat especelli keadaan anak dia. Dan bila dia cakap semua dalam keadaan okey cuma kereta saja remuk teruk, hanya ucapan ALHAMDULILLAH saja kami panjatkan. Syukur sangat-sangat sebab menurut adik, kawasan yang dia kemalangan tue memang kawasan yang paling banyak kemalangan berlaku dan semuanya kemalangan maut. 


~ pic cilok dari google sebab adik eyza tak sempat ambik gambar gara2 masih dalam keadaan takut dan panik ~


Menurut adik eyza, masa tue baru lepas hujan dan keadaan jalan memang agak licin. Puas hubby dia brek dan lencongkan tayar tapi kereta mereka nie tetap menghentam kereta depan. Dan nasib baik kereta yang dilanggar tue kereta family sendiri kalau tidak melayang jugaklah duit beratus nak bayar ganti rugi.


Sebab kereta mereka nie tak boleh bergerak langsung, makanya pagi raya kedua bergegas la eyza dan mak ayah pergi ke sana untuk mengambil mereka pulang. Kesian pulak nak suruh balik dengan bas dengan bawak anak kecik dan barang banyak.


Makanya raya tahun nie raya paling menduga kami sekeluarga lah dengan kejadian yang menimpa adik eyza.




p/s : tahun nie merasalah beraya di luar Kedah gara-gara ke Perak di raya kedua hihi... (^_^)

Tuesday, January 3, 2012

Orang Melayu Masih Kaya Budi Bahasa

Salam u olsss...


Semalam masa tengah lepak2 minum bersama family kat medan selera tepi rumah dalam pukul 10.30 malam terdengar satu bunyi kuat. Lepas tue tengok ramai orang dah berkumpul tepi jalan.





Rupanya berlaku satu kemalangan antara kereta dan motor. Masa ai sampai kat tempat tue tengok dah ramai yang mengerumuni penunggang motor tue. Dia terduduk tepi jalan sambil menahan kesakitan. Mangsa motor tue seorang apek Cina. Ingat nak tangkap gambar tapi akibat tak berapa nak berani maka tak der la gambar kemalangan tue di entri ini. Lagi pun ai takut akan terbayang2 muka dia yang berlumuran darah tue nanti masa nak tidur (siap letak surah Yassin bawah bantal satu dan tepi bantal satu takut teringat kejadian tue hehe....).


Okey apa yang ai cakap nie berkenaan sikap bangsa Melayu semasa kemalangan tue berlaku. Walaupun mangsa yang dilanggar tue apek Cina tapi ai kagum dengan sikap orang Melayu sendiri. Ada yang mententeramkan apek tue, ada yang mengawal lalulintas, ada yang tolong menelefon ambulans dan kebetulan tempat berlaku kemalangan tue agak gelap, masa pihak petugas JPA datang nak beri rawatan awal ai tengok ramai yang datang menyuluhkan cahaya dari telefon bimbit masing2 untuk memberi sedikit cahaya.


Kiranya dari mula kemalangan berlaku hinggalah apek nie dibawa ambulans JPA, memang bangsa Melayu nie lah yang dok tolong apa yang patut. Cuma satu hal jer yang tak okey sikit pasal salah seorang petugas JPA nie. Sarung tangan getah yang ada kesan darah yang dia gunakan untuk merawat mangsa tue dicampak begitu sahaja atas jalan raya Sungguh kurang sopan perangai petugas tue. Kot ya pun, apa salahnya dia masukkan sarung tangan tue dalam plastik dan dibuang bila sampai di hospital.



Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke