Salam u olsss...
Entri ni ai baca di blog ALAMS LEGACY, jadi ai minta kebenaran dari dia untuk share di blog ai. Selamat membaca yer dan semoga u olsss beroleh pengajaran dari cerita di bawah ini.
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital. Lebih
kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan
gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan
seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya
membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya
kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya
lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin
lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap
perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca
ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi detik
berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,
barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan
tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.
Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan
kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala
saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa
wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran
saya.
Sedang saya
termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke
arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang
berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama
dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz," kata wanita
itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya
tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan
dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya
membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci
313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat
anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya
putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke
dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya
bertanya kepadanya.
"Mak cik,
ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak
mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab
sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia
masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah,
kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak
mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata
demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata,
dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada
saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu
kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia
memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik
kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk
marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan
lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun
sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik
kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu
memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa
yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan
perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia
berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang
gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu,
saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana
perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan
Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian,
entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat
pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital
Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh
pertalian persaudaraannya.
Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan
dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan
tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya
serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu
adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya
terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang
datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun
wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu'
yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah
berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar
hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih
segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis
nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang
satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000
tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Subhanallah, Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui akan setiap satu kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini. Semoga kita semua beroleh pengajaran yang terbaik dari cerita itu.
Ingatlah: SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN!
Kredit to : ALAMS LEGACY
Ingatlah: SEMBAHYANGLAH ANDA SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN!
Kredit to : ALAMS LEGACY
panjangnye..huhu...T__T
ReplyDelete@caer sasuke hihi nak pendekkan takut tak paham lak nanti... =)
ReplyDeletethanks sharing..
ReplyDeletebyk ilmu dan pengajaran utk kebaikan bersama :)
@*SiRibenMerah ur welcome...
ReplyDeletesmga beroleh pengajaran dari cerita itu... =)