Sekadar mengisi entri dengan cerpen yang tak seberapa ini. Sepatutnya publish sebelum raya tapi sebab banyak agenda, tertangguh sampai lepas raya. Maaf kalau cerita ini ala kebudak-budakan sebab biasalah bila dah dok depan PC idea yg sebelum ni ada terus jadi blur huhu... Nama watak tiada melibatkan mana-mana pihak yer. Sekadar mengguna nama sahaja hehe... Apapun, selamat membaca kepada yang sudi membaca yer.
Hari ini dah cukup setahun mamat tu suka lepak kat tempat aku. Kadang-kadang rasa rimas dengan soalan-soalan dia yang macam polis pencen tapi kadang-kadang aku suka layan dia bila Anna buat-buat lalu kat tempat aku. Yeah aku tahu Anna cemburu mamat tue selalu duk kat tempat aku. Masa mula-mula mamat tue datang lapor diri, aku dengar bisik-bisik Anna yang mengatakan dia terjatuh chenta pandang pertama dengan mamat tue. Ehh minah nie, dah bertunang pun masih ada hati pada orang lain ker. Ish ish tak paham aku.
...........................
Hari ini dah cukup setahun mamat tu suka lepak kat tempat aku. Kadang-kadang rasa rimas dengan soalan-soalan dia yang macam polis pencen tapi kadang-kadang aku suka layan dia bila Anna buat-buat lalu kat tempat aku. Yeah aku tahu Anna cemburu mamat tue selalu duk kat tempat aku. Masa mula-mula mamat tue datang lapor diri, aku dengar bisik-bisik Anna yang mengatakan dia terjatuh chenta pandang pertama dengan mamat tue. Ehh minah nie, dah bertunang pun masih ada hati pada orang lain ker. Ish ish tak paham aku.
Mamat tue atau nama dia Azri
adalah bos baru kami menggantikan tempat Encik Remy yang berhijrah ke Australia
sebab mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Dia boleh dikategorikan ada rupa
dan gaya serta yang paling penting ciri dia yang satu nie boleh menambat hati
bakal mentua iaitu pandai jadi imam. Kan sekarang nie nak cari lelaki yang
betul-betul boleh jadi imam amatlah payah. Haa lagi satu suara dia sangat macho
yang boleh membuatkan orang tertawan bila dengar. Sebab ciri-ciri yang ada tue
lah sampai Anna yang dah bertunang tue pun boleh terpikat kat dia. Aku? Hurmmm
sehingga ke hari ini aku pun tak pasti apa perasaan aku pada dia. Dari gaya
cakap dia tue aku tahu dia cuba pikat aku tapi aku takut perkara lama berulang
kembali. Sebab kadang-kadang kalau dia sembang dengan aku tak pernah ada yang
serius. Asyik merapu jer kerja dia. Nama jer bos tapi perangai sengal memang
tak boleh ubah.
“Raya mana tahun nie?” soal Azri
kepada Eyza.
Opsss aku sibuk membebel nie
terlupa dia ada depan aku hehe. Nasib baik aku membebel dalam hati saja. Kalau
tidak mau kembang setaman dia kalau tau aku puji dia haha…
“Macam tahun-tahun lepas, di
rumah sendiri aja. Eyza tak ada kampung yang boleh balik beraya,” jawab Eyza
sambil tekun menaip sesuatu di dalam komputer. Buat-buat tekun konon padahal
dalam hati berbakul dok membebel kat dia.
“Oo…tahun nie giliran beraya di
rumah sendiri yer? Rumah husband tahun depan pulak kot?” soal Azri lagi.
“Husband? Huhu…”
“Yer lah, husband Eyza lah.”
“Hahaha…husband Eyza masih ada
kat bawah tanah lagi. Dia tak jumpa jalan keluar.” Ketawa Eyza masih bersisa
lagi.
“Erk…sorry. Eyza tak kahwin lagi
ekk?” Adehhh, malu aku. Ish maklumat yang aku dapat pasal Eyza nie salah lah
yer.
“Yup, still single mingle hehe…”
“Available?” Iskk mulut nie,
kenapa terlebih ramah pulak hari ini. Tapi okey jugak. Sekurang-kurangnya tak
adalah aku tertanya-tanya sendiri.
“InsyaAllah sentiasa jadi hak
mutlak Allah s.w.t dan kepunyaan ayah dan emak Eyza.”
“Ooo…belum ada yang berpunya
lagi lah yer?”
“Masih belum berjumpa pemilik
tulang rusuk kiri Eyza.”
“Eyza memilih kot?”
“Eyza yang dipilih.”
“Dipilih? Maksud Eyza?”
Hai sampai bila kerja aku nak
siap nie kalau dok asyik layan mamat seorang nie jer. Tapi kalau aku buat tak
tahu aja kat dia, kesian pulak dok tercongok dari tadi macam patung jer.
“Sebab Eyza tak sempurna.”
“Setiap manusia mana ada yang
sempurna. Sehebat-hebat manusia pun, pasti ada kekurangan dan kelemahan
sendiri.”
“Itu kata Azri. Tapi kata
mereka-mereka itu lain. Mereka mencari isteri yang sempurna yang boleh menjadi
ibu kepada anak-anak mereka nanti. Dan ciri-ciri kesempurnaan yang diinginkan
mereka itu tiada pada Eyza.”
“Apa ciri-ciri sempurna yang
mereka inginkan itu kalau boleh Azri tahu?”
“Pertama, sebab bila keluar
jalan-jalan Eyza pakai seluar dan blouse. Bukan baju kurung. Keduanya, kerja
Eyza sebagai kuli nie tak menjamin kehidupan di masa akan datang. Eyza tak
mampu nak sara kehidupan dia nanti dengan gaji Eyza yang ala kadar nie sahaja.”
“Pelik, ada lelaki macam tue! Sebab
apa Eyza pulak kena tanggung hidup nanti? Habis apa guna dia sebagai lelaki
yang diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi ketua keluarga?” soal Azri
dengan rasa musykil yang mula bermain-main di kepala.
“Hurmm…entah, Eyza malas nak tanya
lanjut dengan dia. Tak nak panjangkan isu ini. Dah orang tak sudi takkan Eyza
nak terhegeh-hegeh paksa dia suka pulak kat Eyza. Nanti dikatanya hidung tak
mancung, pipi tersorong-sorong. Biarlah dia menemui kebahagiaan dengan cara dia
sendiri dah itu jalan yang dia pilih.”
“So, Eyza dah putus asa nak
mencari lagi?”
“Susah nak jawab tapi Eyza
pegang 1 prinsip saja. Kalau ditakdirkan pemilik tulang rusuk kiri Eyza tiada
hingga akhirnya, mungkin dia menanti Eyza di akhirat nanti.”
“Pasrah dan redha?”
“InsyaAllah Eyza terima
ketentuan yang telah ditetapkanNya.”
“Betul ker nie? Dah tak mau
berusaha lagi mencari pemilik tulang rusuk kiri Eyza tue?”
“Nak cari kat mana Azri? Kat
pasar borong ker hihi..?”
“Ada jer nie. Depan mata Eyza
lah.”
“Depan mata? Mana? Mana? Jangan
main-mainlah Azri. Tak kelakar pun.”
“Azri serius lah Eyza.”
“ Eyza rasa nak gelak
guling-guling jer sekarang nie.”
“Sum…”
“Isy jangan main-main dengan
ayat tue la Azri. Eyza tak suka. Encik Azri, silalah kembali ke tempat anda yer
wahai bos sengal. Eyza nak buat kerja nie.”
“ Tapi Azri tak main-main lah
Eyza. Azri nak kenal Eyza dengan lebih rapat lagi. Please bagi peluang pada Azri untuk mewujudkan pertemuan kita
bersama.”
“Eyza tak suka pada pertemuan!”
“Kenapa?”
“Sebab setiap pertemuan pasti
akan ada perpisahan. Eyza takut pada perpisahan.”
“InsyaAllah kalau Azri betul –
betul pemilik tulang rusuk kiri Eyza, hanya ajal yang akan memisahkan kita.”
“Tapi Eyza tak suka pertemuan!” tegas
ku menjawab kali nie. Harapnya dia akan memahami kehendak hatiku.
“Jadi Eyza nak Azri buat macam
mana?”
“ Bercinta selepas kahwin.”
“Green light dari Eyza.”
“Tidak tapi itu saja yang Eyza
inginkan jikalau ditakdirkan Eyza bercinta lagi.”
“Eyza tak suka Azri.”
“Eyza tak pernah nak benci orang
tanpa sebab. Eyza suka semua kawan-kawan Eyza.”
“Jadi Azri hanya sekadar kawan
sahaja di hati Eyza?”
Adehhh parah nak menjawab nie.
Aku tak nak dia tersinggung dengan apa saja jawapan yang akan aku keluarkan
tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan pada dia. Tipulah kalau aku cakap
hati aku tak terusik dengan tingkah laku dia selama nie pada aku. Selepas 2
tahun aku berpisah dengan Zul, kehadiran Azri sedikit sebanyak mengocakkan hati
aku. Memang aku selalu rasa jantung aku berdetak laju setiap kali aku bertembung
mata dengan dia tapi aku memang tak berani nak menaruh harapan yang tinggi pada
dia. Lagipun aku sedar aku hanyalah pekerja bawahan dia yang seperti tak layak
nak bergandingan dengan dia.
“Eyza, are you still here?”
“Yup sorry Azri.”
“Ehh tak apa. Azri yang salah
dari tadi asyik ganggu Eyza aja. Okeylah Azri masuk bilik dulu yer. Thanks Eyza sudi luangkan masa Eyza
layan Azri.”
Ehh sentap pulak pak cik sorang
nie. Jenuh aku nak pujuk tapi biarlah dulu. Nanti-nanti bila sengal dia datang
balik, sure terpacak gak depan meja
aku nie.
…………………
“Uikss Eyza, nama kau naik untuk
ke kursus lah.” Jerit Anna dari tempat duduk dia.
“Wehhh posa-posa pun ada kursus
ker? Kat mana kursus tue?” aku pun sama menjerit gak. Segan nak bangun ke
tempat dia sebab kerja masih berlambak atas meja nie.
“Kat Langkawi haa.”
“Amboi sampai ke pulau aku kena
hantar. Sahih boring la aku sorang-sorang duk dengar kursus nie.”
“Yer ker boring? Atau tak sanggup nak tinggal Encik Azri
dengan aku hahaha,”
Hurmmm sejak kejadian tue dia
memang tak pernah mai lepak tempat aku dah. Merajuk benar dia dengan aku.
“Woittt cik Eyza, penat aku
menunggu jawapan kau sedap-sedap jer berangan bagai nie.”
“Ehh sori sori Anna.”
“Hang pasai pa nie Eyza. Aku
tengok sejak dua tiga hari nie asyik berangan jer lebih. Haa gaduh dengan Encik
Azri ka? Sebab aku tengok dia dah tak mai lepak tempat hang.”
“Mana ada aku gaduh dengan dia
pun. Agaknya dia sibuk kot dengan kerja dia tue yang tak sempat nak mai lepak
sini.”
“Elehh yer la tue. Dulu pun dia
sibuk gak tapi aku tengok tiap-tiap hari jugak dia mai lepak. Ehh aku dengar
dia apply cuti seminggu. Gamaknya nak balik kampung berbuka puasa kot noo..”
Haa apasal aku tak tahu pun.
Selalunya kalau dia nak cuti sahih aku dicari dulu. Bukan apa sebab dia nak
suruh aku tolong isi borang cuti kat dia jer. Memang merajuk sungguh-sungguh la
mamat sengal nie dengan aku.
“Ehh mak cik, tak habis-habis
berangan lagi ker. Bosan aku cakap sorang-sorang nie.”
“Haaa ehh mana ada aku berangan
lah. Aku tengok kusyuk baca report
nie.”
“Banyaklah kusyuk baca. Orang
kalau baca mata tunduk ke bawah tapi hang tue dongak ke atas.”
“Opsss hehe…”
……………..
“Hello assalamualaikum mak,”
sapa Eyza setelah melihat nama mak dia yang tertera di handphone.
“Waalaikumussalam. Eyza tengah
kursus ker nie?”
“Sekarang time rehat mak. Kejap
lagi pukul 2.30 baru masuk balik.”
“Oh, mak nak cakap sikit dengan
Eyza nie.”
“Kenapa mak? Ada apa-apa masalah
kat rumah ker?”
“Kat rumah semua okey jer. Sebenarnya ni pasal Eyza.”
“Pasal Eyza? Berdebar pulak
rasanya nie mak.”
“Nie haa mak nak bagitahu ada
orang datang ke rumah. Dia cakap nak lamar kamu sebagai isteri dia. Mak tengok
budak tue baik saja.”
“Amboi mak, baru jer tengok
takkan dah tahu orang tu baik.” Aisehh kenapa hati aku rasa tak tenteram.
Tetiba saja bayangan Azri muncul terlayar di minda aku.
“Mana pulak baru jer. Dah tiga
hari dia bermalam kat rumah kita nie. Hari ini baru dia balik tue yang mak baru
telefon kamu nie.”
“Tiga hari dia dok rumah kita?
Kenapa mak tak cakap kat Eyza pun pasal dia bila Eyza telefon.”
“Bukan mak nak rahsiakan tapi
dia kata dia tak mau ganggu kamu yang tengah kursus tue. Dan sebab esok kamu
nak balik dah, sebab tue mak call jugak. Haa sebut pasal kursus nie, kamu balik
esok naik apa?”
“Tak tau lagi mak. Cadangnya
berenang jer dari sini ke rumah kita hehe…”
“Eh budak nie, orang tanya betul-betul
dia main-main pulak.”
“Ampun mak hehe mungkin tumpang
kawan kot mak. Ada yang sejalan dengan Eyza nanti.”
“Mak rasa tak payah kot tumpang
kawan tue. Sebab ada orang akan ambil kamu di jeti nanti. InsyaAllah dia dah
janji dengan mak dan abah akan pastikan kamu sampai ke rumah dengan selamatnya.”
“Sapa pulak nak ambik Eyza nie
mak? Saspen nie mak.”
“Bakal calon pemilik tulang
rusuk kiri kamu lah Eyza.”
“Mak, eyza tak kenal. Takkan nak
balik dengan dia pulak.”
“Dia kenal Eyza. InsyaAllah mak
rasa Eyza pun kenal dia. Kalau rasa gundah gulana, jangan lupa pada Dia.
InsyaAllah kamu akan beroleh ketenangan. Apa pun mak harap sangat dialah
pemilik tulang rusuk kiri kamu. Okeylah Eyza mak letak dulu telefon yer. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Pelik. Mak kata aku kenal dia?
Sapa yer. Aisehhh waktu-waktu genting macam nie Azri pulak mendiamkan diri
sejak kejadian hari tue. Kalau tidak boleh jugak aku dok mesej sengal dengan
dia. Hai lah kenapa setelah hati aku berkocak hebat, kau menjauhkan diri pulak.
…………….
“Eyza, betul nie tak nak tumpang
aku? Kau nak balik dengan sapa nie. Aku tak nampak sapa-sapa pun datang jemput
kau.” Soal Wani yang memang dari awal aku berhajat nak tumpang kereta dia balik
nanti.
“Aku pun tak pasti lah Wani. Mak
aku cakap ada orang akan datang ambil aku. Tapi nie haa dah lama aku tunggu tak
ada bayang sapa-sapa pun yang aku kenal kat sini.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Serentak aku
dan Wani menjawab salam sambil menoleh kea rah suara yang memberi salam itu.
“Azri? Buat apa kat sini.”
“Saya datang nak menjemput
seorang manusia yang tercipta dari tulang rusuk kiri saya.”
“Oh okeylah. Selamat yer.” Aku tak
pasti apa yang aku rasa tika ini. Kecewa, sedih atau gembira bila dia cakap
macam tue. Dari semalam memang aku berharap dialah yang akan datang menjemput
aku tapi bila dia cakap macam tue maksudnya dia dah berpunyalah.
“Thanks. Shall we?” pantas Azri
bertanya.
“We? Nak ke mana pulak? Kan Azri
nak jemput kekasih, jadi pergilah cepat-cepat. Nanti dia marah pulak nampak Azri
ajak saya sekali.”
“Kejap saya call dia minta
kebenaran yer.”
aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hati ku saat pertama kali lihat dirimu
melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
Ehh itu macam caller ringtone aku. Sapa pulak
yang nak call time aku kehilangan mood nie. Tanpa lihat nama pemanggil aku
terus tekan butang hijau nak menjawabnya.
“Assalamualaikum tuan puteri.”
Ehh macam suara dia. Suara Azri.
Takkan kot.
“ Wahai tuan puteri. Kot ya pun
nak berangan, jawablah dulu salam saya.”
“Waalaikumussalam.”
Aku dah tak tahu nak cakap apa
sekarang nie bila aku ingat balik ayat dia sebentar tadi sebelum dia call dan
ayat mak semalam. Pemilik tulang rusuk kiri? Aku kenal? Aisehh orang itu Azri ker?
Orang yang mak aku puji baik sangat tue dia ker?
“Ehem…ehem…kalau dua-dua saling
memandang nie alamatnya bermalam kat jeti nie jer la hihi okeylah Eyza, Wani
gerak dulu. Takut lambat sampai pulak nanti.”
“Hensem pak we kau. Kalau tak
nak pass kat aku yer hihi.” Bisik Wani perlahan masa dia jabat tangan dengan
aku.
“Kawan Eyza pun dah balik, so boleh
kita bergerak balik jugak?” Soal Azri.
“Okey okey.”
Sudah. Aku dah rasa gugup
semacam. Ingatkan balik pesanan mak semalam buat aku rasa memang nak balik
berenang jer ke rumah.
“Eyza, rasanya mak Eyza dah
bagitahu Eyza semuanya kan pasal apa yang berlaku. Jadi Azri minta maaf
banyak-banyak sebab tinggal di rumah Eyza tanpa kebenaran Eyza.”
“Oh tak apa. Mak pun dah cerita
semalam.”
“Eyza cuba pandang Azri sekejap.”
Alamak nie yang aku lemah nie.
Nak kena pandang ker? Hai lah jantung, jangan berdegup kuat sangat. Cemas pulak
rasanya. Okey okey tarik nafas dan pandang dia. Alamak!
“Eyza Izreena Muhd Ehsan,
sudikah dikau menjadi pendamping Muhd Azri Daniell secara sah?” soal Azri
sambil memegang sebentuk cincin.
“Errr saya kena tanya mak ayah
saya dulu.”
“Abah dan mak izinkan kamu
menjadi pendamping Azri.”
Suara abah. Kenapa aku dengar
suara abah dalam kereta nie? Takkan aku bermimpi kot.
“Awak tak bermimpilah Eyza. Abah
dan mak awak ada kat seat belakang tue.”
Alamak macamana tadi aku tak
perasankan langsung mak dan abah ada kat belakang, Tue lah eksaited sangat nak
balik dengan Azri sampai tak pandang belakang dah. Nasib baiklah aku tak terus
bagi jawapan, kalau tidak malu dibuatnya.
“Bila abah dan mak ada sini?”
soalku menutup rasa malu sambil bersalam dengan mereka.
“Kami ikut Azri datang sekali.
Takkanlah kami nak biarkan kamu berdua jer dalam kereta. Tak senang dibuatnya
nanti.”
“Macamana Eyza? Mak dan abah
serahkan semuanya pada kamu untuk buat keputusan. Kami tak paksa. Mana yang
terbaik untuk kamu, kami ikut saja.”
“Eyza rasa lepas raya Azri boleh
salam tangan kadi dah.”
“Eyza, terima kasih. Terima
kasih sudi terima Azri sebagai pendamping. InsyaAllah Azri berjanji akan
menjaga Eyza sepertimana mak dan abah Eyza jaga selama nie.”
Alhamdulillah pada hari raya ketiga
kami selamat disatukan sebagai suami isteri. Mak kata tak nak tangguh lama-lama
benda baik nie. Yerlah menantu kesayangan dia. Mak memang berkenan dengan dia
sejak dia datang tinggal rumah aku dulu. Oh ya, rupa-rupanya dia cuti selama
seminggu tue, dia pergi ke rumah aku. Memang gentleman betul. Berani jumpa mak
dan abah aku untuk luahkan isi hati dia. Asalnya dia sekadar datang nak minta
kebenaran dari mak abah aku tapi alih-alih abah aku suruh tinggal 3 hari kat
rumah. Mungkin nak uji tahap keseriusan dia pada aku.
“Terima kasih sayang sudi terima
abang sebagai suami. Lepas nie kita dah boleh mula bercinta yer hihi.”
“Sama-sama abang. InsyaAllah
Eyza mengharapkan kemanisan bercinta lepas nikah nie akan mengeratkan hubungan
kita lagi.”
Syukur pada Mu Ya Allah atas
kurniaan. Raya aku tahun nie serasa paling bermakna selepas aku sah menjadi
isteri kepada lelaki yang berjaya mencuri hatiku.
p/s : berangan nak jadi penulis novel tapi selalu terhenti sekerat jalan. E-Novel tue pun dah lama tak jenguk huhu...
wuu tak sangka baca sampai abeh gak
ReplyDeletelayan2 :D
teruskan menulis kakcik
@Taufik thanks TAUFIK sudi layanz sampai abes hihi... (^_^)
ReplyDeleteterbaik eyza.....
ReplyDeletenak kata sedih..... tak tahu lah..... tapi terasa ada makna dlm hati remy.......
nice sangat.....
rusuk bertemu rusuk.....
hanya kuasa Allah yg mentakdirkannya......
nak lagi......!!!!!!
@Remy hazza thanks remy.. eyza dapat idea on da way nak balik kerja. ada sikit la part tu yang ada kaitan dengan eyza hehe... (^_^)
ReplyDelete@misz_eyza
ReplyDeleteada jugak ye.... insyaAllah...kebahagiaan akan dtg juga nanti.... tapi sayess!!!
menarik sangat ceritanya....
kena buat novel ler lepas nie.....
@Remy hazzaada sikit jer remy...kalau pandai cuba cari mana satu yang ada kaitan dengan eyza hihi... novel mmg plan nak buat remy tp kena cari mood betul2 hihi... (✿◠‿◠)
ReplyDelete