Tuesday, August 14, 2012

Kuih Tradisional dan Sifatnya | Sekadar Gurauan

Eyza buat entri nie sekadar gurauan sahaja yer sementara menunggu azan Maghrib (baru awal pagi daa hihi...). Tiada niat nak menyakiti hati mana-mana kuih yang ada ni pun hihi...Tahun lepas eyza dah buat entri ini cuma tahun nie ada pertambahan kuih-kuih tue yang eyza buat semula sekali lagi.


Jom kita intai sifat-sifat yang ada pada kuih-muih orang Melayu nie. Sesedap nama dan sesedap rasanya.



KUIH DALAM ZOO - KUIH BADAK BERENDAM
 (admire dengan badak sampai letak nama tue sejak lahir hehe...)

 KUIH BAJET CUTE - CEK MEK MOLEK
 (perasan cute sebab tak ada mata nak tengok diri kat cermin hehe..)

 KUIH PALING ALIM - KUIH KETAYAP
(suka pakai 'ketayap' kot nie hehe...)

 KUIH PALING SENGSARA - KUIH BAKAR
 (kesian asyik kena 'bakar' jer)

 KUIH SUKA PUKUL - KUIH LOMPANG
 (selalu sangat gaduh sampai 'lompang' kat tengah tue)

KUIH AWET MUDA - KUIH SERI MUKA
 (tak payah pakai krim muka sebab sentiasa berseri-seri jer muka)

KUIH PALING KEJI - KUIH TAIK ITIK
 (eee busuknya huhu...)

KUIH PALING TERANG - KUIH TEPUNG PELITA
 (tak payah pakai spotlight nak suluh tengok hehe..)

KUIH PALING GANGSTER - KUIH LOMPAT TIKAM
 (kerja dia asyik nak tikam orang jer)



KUIH PALING TENTERAM - KUIH MAKMUR
(sentiasa hidup aman damai dalam keluarga dia)




p/s : jangan ambik hati yer wahai kuih-muih...

14 comments:

  1. kueh yg bkn kueh, kue teow..huhu (okey..yg nih mmg loyar buruk)

    ReplyDelete
  2. @Mira Adzlia ehehehe betul jugak tue..boleh diterima mira hehe... =)

    ReplyDelete
  3. terliur tgok kuih muih dia tu.Salam Aidilfitri.Maaf Zahir Batin yek.

    ReplyDelete
  4. eyza....
    ada satu lagi...... kuih paling best dan ohsem kat dunia nie....





    taraaaaa





    kuih free !!!!!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum eyza...semuanya ada nama tertentukan mcm2 nama ...:)

    ReplyDelete
  6. @Chenta Eyfa Latieyfa hehe sabaq sabar..kena tggu azan maghrib hihi...

    salam aidilfitri eyfa.

    ReplyDelete
  7. @Remy hazza hahaha amboiii remy... kuih free ekk.. antaq ckit sini nak rasa hehe... =)

    ReplyDelete
  8. @maszull waalaikumussalam mama...

    betul tue semuanya ada kaitan kan nama2 tue hihi... =)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke