Wednesday, June 5, 2013

Sudah 6 tahun...

Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa sebab tanggal 5 JUN 2013, tarikh hari ini genap eyza bekerja selama 6 tahun. Maknanya sudah lebih separuh dekad eyza menjadi pekerja setelah tamat alam pembelajaran.


Terasa cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 4 tahun eyza berkhidmat di tempat kedua. Sebelum ni eyza bertugas di Kangar, Perlis selama 2 tahun dari 5 JUN 2007 hingga 31 April 2009 sebelum mohon bertukar balik ke negeri kelahiran eyza iaitu KEDAH. Dan permohonan pertukaran eyza diluluskan bila pada tanggal 1 MEI 2009 eyza ditempatkan bertugas di Changlun, Kedah sehingga sekarang. Dan harapan eyza semoga permohonan pertukaran eyza buat kali ketiga untuk bertugas di sekitar Alor Setar dipermudahkan Yang Maha Esa. Walaupun dah duduk kerja di negeri sendiri tapi sebab tempat kerja dengan rumah agak jauh lebih kurang 90km pergi balik, buatkan eyza isi semula permohonan pertukaran sekali lagi. Harap-harapnya berjaya la kali ni.





Apa-apa pun eyza nak ucapkan untuk diri sendiri 'HAPPY 6TH ANNIVERSARY WORKING'... Semoga eyza semakin merajinkan diri untuk bekerja sebab sekarang ni asyik malas jer nak pergi kerja...sayang nak tinggalkan MR DIMPLE sorang-sorang kat rumah hehe...



4 comments:

  1. Selamat bekerja.. semoga faiz terus maju... :-) Miss u..

    ReplyDelete
  2. @Puteri Airyn tq erin... bila la kita dapat berjumpa kan?

    ReplyDelete
  3. remy dah 14 tahun setia...... tapi setiakah company pada remy....hu3......

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza wah remy lagi lama dari eyza...kira otai dah nie sebab dah lebih 10 tahun hihi...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke