Thursday, March 8, 2012

Syukur dengan pengumuman PM

Salam u olsss...


Tadi dengar pengumuman Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak pasal isu CUEPACS untuk penjawat awam.





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

(Sumber : BERNAMA)

10 comments:

  1. alhamdulillah diatas rezeki dari ALLAH s.w.t..terima kasih PM..

    ReplyDelete
  2. @Cik Huda alhamdulillah syukur dapat jugak perubahan gaji.. =)

    ReplyDelete
  3. Ohhhh tidakkkk. Saya tak termasuk sedey :(

    ReplyDelete
  4. tahniah.....remy jugak yg sedih....he3

    ReplyDelete
  5. @EmpayarUtama jgn cedey2...meh saya belanja sky juice lapan belas bijik gelas hihi....=)

    ReplyDelete
  6. @remyhazza thanks remy...ala jgn la sedih2 hihi...happy2 la utk sy

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke