Salam u olsss...
Ini kisah yang berlaku kat ai sefamily pada hujung minggu masa membeli belah di Pasaraya Giant Souq Bukhary.
Selalu hujung minggu memang GIANT ada buat promosi barang2 dia. Tapi ai jarang bershopping di sini sebab barang2 dia lebih mahal harga dari kedai2 lain walaupun slogan tertulis 'BANYAK PILIHAN HARGA LEBIH MURAH'.
Ronda seluruh kedai ternampak satu barang yang boleh tahan murah harga bila dipromosi.
Dekat poster harga yang besar terpampang ditulis harga rm10.90 tapi bila discan harga dekat bar kod keluar pulak harga asal rm13.90...
Tanya pada cashier dia cakap dia kena pergi tengok harga kat rak sebab takut ai tipu harga. Mak ai cakap tak per lah terima kasih jer la, we olsss tak nak la beli barang tue sebab leceh nak menunggu dia pergi cek pulak. Masa nak ambik barang yang ditinggalkan di kaunter perkhidmatan, saja ai minta mak cuba tanya staff kaunter tue kenapa ada perbezaan harga. Dengan gaya nak marah boleh pulak staff kaunter cakap, 'kami kena semak semula harga yang dipaparkan'... Ehhh bila lekat harga promosi tak pulak nak semak segala bagai, tapi bila disoal pandai pulak dia cakap macam tue.
Bukan sekali baru berlaku kat ai, tapi sebelum nie dah jadi benda yang
sama di tempat yang sama. Masa tue ai nak beli air ribena 2kg dan harga
dilekat pada papan tue rm19.90. Tapi bila nak bayar, harga yang tertera
rm21.90. Bila disoal pada cashier dia cakap harga sebenar ribena tue
bukan dilekat di atas tapi dibawah papan ribena. Sungguh rasa tertipu
dengan cara nie.
p/s : rasa macam nak adu jer pada KPDNKK. Dah la ditipu harga, lepas tu pekerja dia agak kurang berbudi bahasa pulak...
report je..hak pengguna
ReplyDeletemas klu nk beli,kene tgk tul2 nama product n tag harga..kadang2 bnyk jenis..lain kli beli kat tmpat lain..
now dh banyak tempat jauh lagi murah.mak mas pandai beza2 harga yg lbih murah tpi quality sma.ada tempat de yg murah..de kat sna lak mahal..kene pergi dua 3 tmpat xde hal janji berbaloi
@MaYa MustWany tp repot dia diambil tindakan selepas 3 hari bekerja..akk takut bila akk repot, promosi dah abis hihi...
ReplyDeletemmg pun mas..sbb tu mak akk tak suka soping situ...better pergi TESCO...dekat dgn umah, parking berbumbung dan harga berbaloi murah..
boleh jer report..Giant mmg agak mahal brbanding dgn supermarket lain walaupun katanya harga terendah..kdg2 dorang ni gak kena sekali dua..tanda hrga yg boleh mengelirukan customer jg boleh report
ReplyDelete@misshannajr mmg pun giant mahal harga barang dia...=)
ReplyDeletetu sebab jarang ke giant..lagi suka ke mydin...dah tentu orang islam punya kan.
ReplyDeletewah senang-senang nak ribu riban dari kamu..bahaya tu sistem mlm tu kan..berhati-hatilah jangan terkena
selalu jugak terkena.....
ReplyDeletebiasaler...nak untung lebih.... berdosa tau !
@kak ina kl owh kat sini mydin kecik sgt..brg2 pun tak berapa ada sgt...
ReplyDeleteitu la kak..sng2 jer minta duit ribu2 kat kita huhu...
@remyhazza betul tu remy...menipu utk dpt untung huhu tak ptut sgguh
ReplyDeleteAku suka amik gambar pakai enset. Pernah jadi kedai enset dalam Giant tulis beli satu percuma satu. Bila campur harga sebenar 2 enset tu bezanya cuma lapan ringgit, ntah mana yang percumanya terus aku snap gambar. Tapi tak jadi cerita dalam belog sebab esoknya riki lagi dah tak de promosi tu. Adik yang jaga pulak nengok semacam je... takotnyer
ReplyDelete@EmpayarUtama owh giant suka menipu kan? sbb tue sy x buat aduan sbb takut bila KPDNKK semak, harga dah kembali ke asal huhu...
ReplyDeleteMemang boleh dikatakan semua giant mcm tu la awak.. Kita pun pernah terkena.. Kita tinggalkan je kat kaunter,cancel tak jadi amik..Nasib baik la budak cashier tu tak marah2 walaupun nampak cam nak marah.. Pasal asben kita suka wat muka bengis kalau situasi camtu.. Pernah 1 kes my father bertegang urat ngan cashier diorang pasal harga rice cooker.. Kebetulan plak time tu memang ngah cari rice cooker ditayangkan plak harga promosi, lebih murah la.. Jap lagi time bayar harga dia dekat rm2rat.. Hangin la org tua tu.. Boleh plak budak tu cakap promosi dah abis.. Bertambah-tambah hangin org tua tu.. My father marah budak tu,kalo da abis promo wat apa letak lagi price tu kat situ.. Lastly my father dapat beli rice cooker tu ngan harga promo.. Bab kalo bdk tu nak gak harga 2rat.. Bapak kita cancel beli semua barang2 yang dah dalam troli tu.. hahaha.. Mcm bengong gitu.. Dorg ni patutnya lebih alert.. Tak la pembeli rasa tertipu..
ReplyDelete@Linda owh agaknya itu mmg trend giant kot....menipu harga utk tarik pelanggan datang beli....saya pun aritu tinggal jer kat kaunter camtu jer...
ReplyDeletesebagai pengguna kita ada hak untuk mengadu.. kalau tak buat aduan, sampai bila2 pun hal ni tak selesai... perkara ni akan berlaku kpd org lain pula... nasihat saya,buatlah aduan...
ReplyDelete*mengadu tak semestinya kita cerewet
@midonz bukan tanak buat aduan tp takut bila diadu tempoh promosi dah abis...huhu
ReplyDelete