Tajuk artikel tue 'Hadiah mahal' kekasih siber...
Boleh dikatakan hampir setiap hari kita mendengar kisah penipuan teman siber yang kebanyakannya didalangi warga asing. Nampaknya warga asing nie berminat sungguh yer untuk menipu orang2 Asia.
DAN kali ini akibat cinta Internet, seorang wanita kerugian RM5,000 selepas terpedaya helah seorang teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sosial sejak Januari lalu.
Menurut sumber berita, lelaki terbabit yang berlakon sebagai kekasih romantis memperdayakan mangsa yang juga seorang warga Singapura berusia 49 tahun apabila memberitahu menghantar barang berharga kepada wanita berkenaan pada awal bulan ini sebagai tanda persahabatan, namun bungkusan itu kini ditahan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
TAPI rupa2nya bungkusan kotak itu tidak pernah wujud dalam senarai penghantaran barang di KLIA.
Ermmm macam2 cara penipuan Internet sekarang nie yerrr...Kepada pengguna internet di luar sana terutamanya wanita yang lebih berusia dan kesepian berhati2lah kerana warga asing ini tengah giat menjalankan taktik mengorat wanita ini supaya 'jatuh cinta' dengan mereka. Bila dah dapat 'mengayat' wanita2 ini, mereka akan mula melakonkan peranan menipu untuk mendapatkan duit. Bila duit dah dapat, warga asing nie pun lesap.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)