Tuesday, February 1, 2011

Adehhh sakit kepalaku.... :(

Hai u olsss.....

Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki atau pun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu pandang ringan akan hal ini sebab tanpa kita sedari sakit kepala nie boleh mendedahkan seseorang kepada kematian...

Sajer nak share dengan u olsss hasil carian ai di gOOgLe tadi....Sebenarnya tadi ai dok search pasal punca sakit kepala.. Sebabnya dua tiga hari nie ai asyik sakit kepala jerr...Takut juga apa2 kesan nanti...

Jadi, inilah hasil yang ai dapat....


Ehh bukan pic nie hasilnyerr..hihi..



PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

(sumber dari http://www.spa.gov.my)



Rupanya sakit kepala nie ada macam2 punca ekkk... Lepas nie kalau u olsss ada salah satu sindrom di atas tue cepat2 laaa jumpa doktor....Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa...Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari berubat....

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke