Sunday, June 5, 2011

Jika....... Buatlah secara rasional!

Hari nie ai nak kongsikan dengan u olsss semua satu info yang ai baca kat Majalah Mingguan Wanita (MW) Bil. 1436. Info nie hasil tulisan Editor Pengurusan MW - Nuri Supian.

Info nie menceritakan bagaimana cara kita nak kawal perasaan ketika berhadapan dengan situasi2 tertentu. Jom kita baca sama2 dan ambillah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian sebab setiap orang pasti menghadapinya.


Jika sedang marah, pergilah ke bilik air dan mandi. Jika ada air pancuran, duduk di bawahnya dan biarkan air membasahkan kepala dan seluruh tubuh. Mandilah seberapa lama hingga menggigil kesejukan boleh jugak. Apabila tubuh sudah dilap kering, nescaya kemarahan akan turut reda bersama kesejukan air yang mengalir.

Jika sedang resah gelisah dan keliru, berwuduklah dan sujudlah kepada Yang Maha Esa. Berbicaralah denganNya sepenuh hati. Jika ingin menangis di sejadah, keluarkanlah tangisan sepuas2nya kerana selepas itu jiwa akan kembali tenang.




Jika sedang dalam dilema untuk membuat keputusan penting dalam hidup, bangunlah di sepertiga malam untuk bersolat memohon petunjuk dari Allah s.w.t ketika orang lain sedang asyik lena bersulam mimpi. Kerana waktu itu, pasti kita dapat bersolat dengan hati yang tenang dan penuh kusyuk. Petunjuk dari Allah s.w.t adalah sebenar-benar petunjuk.


Dan jika anda tiba2 berasa sebal terhadap sesuatu perkara dan menyalahkan orang lain kerana hal itu, ambil sedikit masa untuk bersendirian di dalam bilik sambil mendengar lagu2 beralunan lembut (kerohanian). Elakkan untuk tidur sebaliknya bertafakur dan cuba cari punca sebenar hal itu berlaku. Apakah benar diri sendiri langsung tidak bersalah? Sebab tiada seorang manusia pun dilahirkan sempurna.





No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke