Salam u olsss.....
Pagi2 nie nak buat entri cerita jalan2 yea..Stop kejap cerita percotian ke Terengganu. Tahun nie banyak sungguh episod jalan2 dalam kehidupan seharian tapi sekadar jalan2 dalam Malaysia aja laa. Sahut seruan kerajaan CUTI2 MALAYSIA!
Kali nie we olsss telah memilih The Carnival yang terletak di Sungai Petani, Kedah untuk sesi jalan2 sambil mandi manda (sebenarnya lebih kepada nak mereleasekan perasaan yang tersentap kena marah ketika sedang menjamu selera).
The Carnivall nie tak adalah meriah sangat macam tempat mandi manda lain yang ada di Malaysia. Cuma ada papan longsor jerrr untuk turun dari atas masuk ke dalam air.
Tiket masuk yang dikenakan untuk dewasa ialah rm23.00, warga emas = rm18.00 dan kanak2 = rm18.00.
Tapi banner yang ditampal sekitar taman tema nie agak mengelirukan untuk pengunjung2. Bayangkan sepanjang jalan nak ke kaunter jualan tiket, diletak banner harga tiket untuk hari Khamis dijual hanya rm10.00 sahaja. Dan kebetulan ai pergi hari Khamis jadi rasa berpatutanlah harga tiket rm10 tue. Tapi bila nak bayar jerrr untuk 5 orang (3 dewasa, 2 warga emas) petugas kaunter tue minta rm105.00. Tengok resit yang dia bagi, rupa2nya tak dak potongan harga pun macam apa yang tertulis di banner2.
Secara keseluruhan nie tempat nie okeylah sekadar datang untuk menenangkan hati dan perasaan. Tambahan pula tempat ni tak berapa jauh dari rumah pun. Dalam 45 minit jer perjalanan nak ke sini.
Kalau u olsss berniat nak datang nanti,exit melalui Tol Sungai Petani (U) tau sebab dekat sikit nak ke situ.
No comments:
Post a Comment
Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)