Monday, June 27, 2011

Sedih dengar cerita mereka

Jumaat yang lepas, ai sefamily pergi melawat seorang sedara yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Bedong, Kedah.



Masa lalu kat kawasan nak ke asrama, hati trosssss dipagut rasa sayu tengok keadaan sekeliling. Dalam hati terpikir macamanalah penghuni di sini menghadapi hidup sehari-hari.

Sampai kat bilik yang menempatkan sedara, kunjungan kami bukan sahaja disambut sedara saja tapi jugak oleh rakan2 sebilik sedara ai ni. Di wajah masing2 terpapar rasa ceria dengan kehadiran pengunjung luar.



Lepas tue masa tengah berborak2, ada sorang pak cik nie meminta sesuatu dari kami yang membuatkan semua terdiam sedih.


'Cik, kalau nak datang lagi nanti, bawakkan pak cik buah oren sunkist. Dah lama tak makan.'

Pak cik yang berasal dari Klang, Selangor nie pun mula bercerita perihal diri dia. Katanya, dia rindukan anak dia yang tinggal di Cheras. Baru2 nie bila dia telefon si anak nie, telefon tak berangkat. Anak dia tanak layan dia dah.
Sayu hati dengar cerita dia. Tapi walau dalam kesedihan, nada suara dia masih lagi ceria. Mungkin dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya.

Sampai  hati si anak mengabaikan orang tua. Rupanya kerja yang hebat belum tentu menjamin hati budi yang baik.


Kalau u olsss perasan, kat belakang ai tue ada sekumpulan penghuni berbilang bangsa sedang berehat selepas habis makan malam.

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke