Thursday, January 3, 2013

Corat Coret Momen 2012

Rasanya masih belum terlambat untuk eyza sharekan dengan semua corat-coret yang berlaku di tahun 2012 dalam diri eyza. Sebelum nie eyza tak sempat nak taip sebab beberapa hal yang penting perlu diselesaikan segera.


Tahun 2012 bermula dengan azam baru dalam hidup eyza. Eyza bertekad menjadi orang baru untuk melupakan kesedihan atau kenangan tak best di tahun 2011. Jom eyza selongkar balik apa yang berlaku di dalam tahun 2012.



FEBRUARI

Di bulan Februari nie eyza mula kenal dengan rakan blogger yang sama kepala dan sengal iaitu MUMMY ADRIANA. Juga di bulan nie, sahabat baik eyza dihantar bertugas ke luar negara selama 2 bulan. Pastu dalam bulan Februari jugak eyza dapat berita member eyza nikah senyap-senyap di Siam sebab dapat halangan dari family perempuan huhu...Manakala pada 26 FEBRUARI 2012 ~ lahir anak sedara eyza yang ketujuh (MOHAMMAD FIRDAUS RIZQI)


APRIL

15 APRIL 2012 ~ kisah MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali bila sahabat terbaek eyza di alam maya iaitu iNCIk kembali dari pertapaan dia selama 2 bulan di beberapa negara luar.


MEI



Bulan yang paling eyza nanti-nantikan terutamanya di penghujung bulan MEI. Sebab pada 24hb Mei 2012, eyza sekeluarga sekali lagi mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Gembira tak terkata bila eyza dapat peluang untuk buat UMRAH lagi.


JUN

Juga saat dinantikan bulan JUN sebab tak sabar nak balik Malaysia lepas umrah. Rindu pada family semua.



OKTOBER

Bulan yang rasanya menyebabkan eyza tak senang duduk. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila pada bulan nie ada satu rombongan datang merisik. 20102012 ~ tarikh yang menjadi titik permulaan untuk menyatukan dua hati.


NOVEMBER




Mood kegembiraan menyapa di bulan ini bila pada tanggal 101112 dengan secara rasminya eyza bergelar tunangan orang. 


DISEMBER

Bulan kelahiran eyza - 05122012. Tiada sambutan macam tahun lepas tapi sangat eyza hargai bila ada yang sudi mesej eyza. Mesej2 dari family dan orang tersayang cukup membuatkan ia satu hadiah bermakna buat eyza. Dan pada tanggal 121212 jugak menjadi tarikh bermakna dalam hidup eyza bila doktor pakar sahkan eyza bebas dari sebarang penyakit. Bermakna eyza seorang yang sihat!



InsyaAllah eyza berharap kedatangan 2013 akan memberi sinar kebahagiaan buat diri eyza dan keluarga terutamanya untuk mak dan ayah eyza yang selama ni sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anak-anak.




p/s : segala memori tak kisah la manis ker masam ker pahit ker tawar ker, bila dikenang-kenang balik pasti rasa nak senyum sorang-sorang jea hihi...  (~_~)

10 comments:

  1. perjalanan 2012 yg penuh bermakna buat eyza......
    semoga 2013 akan terus bersinar....
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza betul tu remy...mudah2an sinar bahagian 2012 terus menyinari di tahun 2013 pulak...amin.

    ReplyDelete
  3. wah tahniah baru jadi tunangan orang rupanya dia alhamdulillah

    bila langsungnya tu?

    ReplyDelete
  4. @afzalsukasuki terima kasih tok ketua.... insyaAllah dalam tahun ni jugak.

    ReplyDelete
  5. alhamdulliah banyak gak memori gembira tahun 2012 terutama gi umrah dan pertunangan kamu..semuga cepat naik pelamin

    ReplyDelete
  6. sweetnya...
    tetap menunggu entry macam ne akak kenal en tunang..

    ReplyDelete
  7. @kak ina kl alhamdulillah... insyaAllah terima kasih yea kak ina.

    ReplyDelete
  8. @MaYa MustWany ada sweet mcm gula2 getah dak mas hihi... alamak kena ada entri jugak kaa? nanti akk bisik jer la kat mas hehe...

    ReplyDelete
  9. tetap nak entry khas~

    ReplyDelete
  10. @MaYa MustWany errrr entri khas tu mcm nak jawab soalan esei sejarah dalam spm tau...very da susah hihi...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke