10 tahun yang lalu kira-kira dalam tahun 2002/2003 eyza sambung belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Masa zaman tu ruangan chat room di Yahoo Messenger(YM) agak popular di kalangan pelajar-pelajar. Eyza pun tak terkecuali sebab eyza dah tahu serba sedikit pasal YM nie jadi eyza dok jadi tok guru pada kawan-kawan yang tak tau apa itu chit chat. Masa tu eyza kenal dengan senior kat tempat eyza belajar nie. Dia tua setahun dari eyza dan kami telah jadi abang-adik angkat hahaha gedikzz kan masa tue.
Persahabatan kami berlanjutan sampai eyza masuk U. Dia masa tu di UiTM Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Eyza di UUM dalam bidang Multimedia. Entah macamana kami boleh terlost contact masa masing-masing sibuk dengan pengajian. Eyza ada jugak tergerak nak cari dia tapi semua maklumat pasal dia dah hilang. Yang eyza ingat hanya nama penuh dan tempat tinggal dia jer hihi.. Jadi misi mencari eyza terhenti setakat tu saja sampai lah semalam tergerak di hati Eyza nak gugel nama penuh dia. Memang agak mencabar bila tak banyak data pasal dia. Terhampir putus asa jugak semalam tapi tetiba eyza terpandang dalam carian tue satu nama yang macam dia dan sebelah nama tu dia tulis ENGINEER. Terus eyza recall memori lama dan cepat - cepat eyza bukak blog tu dan tengok betul ka tak. Dan eyza masih tak pasti adakah dia orang yang eyza cari. Makanya eyza selongkar-selongkar entri yang lama sehingga satu entri yang membuat eyza yakin 100% dia adalah orang yang eyza cari. Bukan entri apa pun tapi sebab dalam entri tu ada satu gambar yang tertulis nama panggilan dia zaman dulu-dulu. Itu yang eyza yakin sangat dia memang orangnya. Tambah-tambah bila memori eyza automatik teringat dia pernah bagitahu pasal adik beradik dia semua lelaki. Dan satu benda yang sangat-sangat betul pasal dia ialah mengenai tarikh lahirnya hehe... Syabas memori sebab berjaya imbas kembali maklumat lama hehe...
~ sori balqish sebab eyza cilok pic tanpa kebenaran ~ |
Dia yang eyza kenali 10 tahun lalu seorang yang kurus melidi tapi semalam bila tengok kat blog tu, dia dah berubah 100 peratus hehe...Agaknya sedang bahagia bersama isteri dan anak. Eyza tak komen pun dalam tu sebab takut dia dah tak kenal eyza hehe...Niat di hati nak tempek pic lama dia tapi sebab laptop eyza rosak dan pic dalam tu semua hilang huhu...Dan tersatu kebetulan pulak bila wifey dia sama tarikh lahir dengan eyza hehe...
Alhamdulillah dalam tahun baru ni saja eyza dah berjaya menemui semula 4 insan yang sangat rapat dengan eyza tapi telah terputus hubungan. Entah macamana boleh eyza tergerak nak mengugel semua nama insan-insan nie hehe....
p/s : walaupun dah berjaya jumpa 4 insan tu tapi eyza rasa sedih sebab seorang kawan terbaek eyza mula menjarakkan diri dari eyza... :(
akak ingatkan kawan eyza yang pompuan tu..rupa2nya kawan dia lelaki..abang angkat la nie...
ReplyDeleteseronok kan bila dapat ctc balik kawan2 lama...skrg nie smuanya di hujung jari.ingat nama penuh taip insyaAllah ada maklumat nya
@aDisH.sHidA hehe... kisah abg angkat nie kak...
ReplyDeleteitulah adanya internet nie kerja pun jadi mudah.
remy ada sejarah...terpisah beberapa tahun...tapi bila remy search nama kat internet...rupanya dia dah takde.... pastu berita tu pun selepas 3 tahun pemergian....same date dgn birthday remy...terharu rasanya.....
ReplyDelete@Remy hazza wah menyedihkan la sejarah remy...terpisah beberapa tahun dan kemudian dapat berita orang tu dah tak ada...
ReplyDeletebest bila kenang kisah bersama kawan-kawan lama kan.. dari bujang dah kawen..ada anak.. :)
ReplyDelete@Dkna Abza betul tu dkna... ingat2 balik rasa lucu plak masa tue.
ReplyDelete