Tuesday, January 29, 2013

Hanya Doa Ku Panjatkan

Semalam masa eyza dok FB, ternampak satu link yang diberi oleh blogger otai EYRIQAZZ. Link yang cukup menyentuh hati eyza untuk cepat-cepat klik dan baca. Kalau korang nak baca boleh klik kat SINI.



Ni gambar saudara Jejai ketika masih sihat (kredit to TERATAKARMO )~



Keadaan dia sekarang  (kredit to AzmanIshak ) ~



Hanya sekalung doa mampu eyza panjatkan buat saudara Je Jai yang kini sedang berusaha melawan penyakit yang dihidapinya itu. Eyza mula kenal saudara Je Jai sejak penghujung tahun 2010 melalui blog GREAT TEACHER ONIZUKA. Walaupun tak pernah bersua muka secara berdepan dan hanya kenal melalui blog sahaja, tapi kesudian saudara Je Jai menghadiahkan header secara percuma untuk Eyza amat eyza hargai. Bantuan dari seorang kawan blogger yang tidak pernah eyza bersua muka sangat memberi semangat untuk eyza teruskan berblogging.


~ header eyza yang dihasilkan Je Jai ~


Dan sebagai membalas jasa saudara Je Jai nie, eyza buatkan satu entri khas memohon jasa baik korang semua untuk sama-sama membantu saudara Je Jai. Marilah semua kita menyumbangkan walaupun tak banyak namun dapat membantu Je Jai sekeluarga meneruskan kelangsungan hidup.

Mazliana binti Othman (A/C Maybank : 164089741562)








 p/s : doa jugak salah satu sumbangan yang boleh diberikan buat penyembuhan Je Jai!




2 comments:

  1. kita doakan semoga bro jejai cepat sembuh..... Amin.....

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza amin...mudah2an remy...bro Jejai akan kembali sihat macam biasa.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke