Showing posts with label KENANGAN. Show all posts
Showing posts with label KENANGAN. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Majlis Aqiqah MUHAMMAD AISY AMSYAR DAN NUR FITRAH RAUDHAH




Majlis Aqiqah putera hati kami telah diadakan pada 27 Disember 2013 (JUMAAT) di ketika usianya 41 hari. Tak dan lepas pantang maksudnya si ibu tak boleh bergaya lebih lagi laa hihi...


Sebelum tu pada 06 Disember 2013 kami buat acara cukur jambul. 


Rambut asal 


Sedap tidur sebelum rambut dicukur



Ayah perabihkan cukur rambut anak dia

   

Yeayy saya dah botak


Majlis Aqiqah ini eyza buat sekali dengan anak adik eyza.. Lagipun beza umur mereka hanya 10 hari tu yang kongsi sekali.

Pagi sebelum majlis  bermula...Aisy seronok tidur berselimut

  


Anak Eyza dan anak adik eyza

Majlis hari tu memang meriah sebab kami tumbangkan 3 ekor kambing. Memang puas semua tetamu dapat makan kambing banyak hehe...


Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan berzanji oleh kumpulan wanita. 


kumpulan wanita penuh hingga ke luar rumah

cenderahati untuk kumpulan wanita


Masa kumpulan wanita ni berzanji, eyza dan adik bawa keluar anak masing-masing untuk dipegang oleh setiap ahli kumpulan. Amsyar masa eyza bawa pusing keliling tu memang tidur saja hehe... 





Lepas Solat Jumaat, jamuan untuk tetamu lelaki dan saudara mara serta kawan-kawan pulak. Masa ni eyza tengok, tetamu kena beratur panjang nak ambil makanan...rasa macam dekat kedai makan pulak hihi...


Apapun eyza sekeluarga bersyukur majlis berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah selesai sudah satu tanggungjawab kami sebagai ayah dan ibu untuk anak-anak. 



p/s : Ini cerita lama sudah berkurun yang tahun lepas punya tapi baru sekarang sempat eyza abadikan dalam blog.

Sunday, February 9, 2014

Happy 1st Anniversary FIZAIRI



Alhamdulillah semalam 08 FEBRUARI 2014, genap setahun (08022013-08022014) usia perkahwinan eyza dan suami. Terasa macam baru semalam jea eyza diijabkabulkan dengan suami dan bergelar isteri. 




Tapi semalam di tarikh yang sama, rupanya sudah setahun kami berkahwin. Dan yang paling bestnya bila ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, kami sambut bertiga...yeayyy kami dah bertiga...hehe




Sempena genapnya setahun, eyza ada buat kenduri kesyukuran sikit. Mohon doa pada Yang Maha Esa agar rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke jannah bersama buah hati terchenta. Amin.


Niat asal nak buat majlis kecil-kecilan jamu kami adik beradik jea tapi sebab ada rezki sikit, dari kecil-kecilan adik beradik terus besar dengan kehadiran saudara mara dan jiran tetangga.




Habis licin semua makanan (nasi beriani + sambal ayam + dalca daging + acar timun dan nenas, pasembor, kuih sagu, agar-agar merah bersantan, pulut pisang, sardin roll telur cincang, cucur jagung + cucur pisang, buah limau sekotak, betik dan kek) sampai tuan rumah sendiri tak sempat nak merasa semua...hihi..tapi tak apa, asalkan tetamu balik dalam kekenyangan sudah cukup memuaskan hati tuan kenduri. InsyaAllah ada rezki lebih, kita makan-makan lagi.

Buat suamiku yang paling ku cintai dan sayangi,

Kau tetap ku cintai,
Dari hari pertama kita nikahi,
Kau selamanya di hatiku...

Kini keluarga kita makin bertambah dengan kehadiran anak comey...Dan mudah-mudahan ikatan kasih sayang antara kita kekal bahagia hingga ke Jannah. Love u abanggggg...

Sunday, October 20, 2013

Selamat Ulang Tahun Perkenalan





20 Oktober adalah tarikh keramat yang tak mungkin dapat Eyza dan suami lupakan bila mana pada tarikh ini buat pertama kalinya kami bertentang mata dari kejauhan. Detik jam berlalu terasa begitu cepat berputar sehingga panahan mata kedua-duanya disepakatkan atas dasar untuk menghalalkan sebuah perhubungan yang bakal terjalin.



Setelah kata dua dicapai antara 2 buah keluarga, maka satu tarikh dipilih untuk mengikatkan hubungan yang akan terjalin ini. Syukur alhamdulillah bila hubungan kami direstui kedua-dua keluarga hingga membawa kami ke jinjang pelamin. 


Buat suamiku yang tercinta, 



SELAMAT ULANGTAHUN PERKENALAN abanggg...Ku mencintaimu sehingga ke akhir hayat. Cintaku padamu semakin bertambah dari hari ke hari sejak dari hari pertama kita bertemu. Terima kasih menerimaku seadanya. AKU CINTA PADAMU.






Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya...

Thursday, January 3, 2013

Corat Coret Momen 2012

Rasanya masih belum terlambat untuk eyza sharekan dengan semua corat-coret yang berlaku di tahun 2012 dalam diri eyza. Sebelum nie eyza tak sempat nak taip sebab beberapa hal yang penting perlu diselesaikan segera.


Tahun 2012 bermula dengan azam baru dalam hidup eyza. Eyza bertekad menjadi orang baru untuk melupakan kesedihan atau kenangan tak best di tahun 2011. Jom eyza selongkar balik apa yang berlaku di dalam tahun 2012.



FEBRUARI

Di bulan Februari nie eyza mula kenal dengan rakan blogger yang sama kepala dan sengal iaitu MUMMY ADRIANA. Juga di bulan nie, sahabat baik eyza dihantar bertugas ke luar negara selama 2 bulan. Pastu dalam bulan Februari jugak eyza dapat berita member eyza nikah senyap-senyap di Siam sebab dapat halangan dari family perempuan huhu...Manakala pada 26 FEBRUARI 2012 ~ lahir anak sedara eyza yang ketujuh (MOHAMMAD FIRDAUS RIZQI)


APRIL

15 APRIL 2012 ~ kisah MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali bila sahabat terbaek eyza di alam maya iaitu iNCIk kembali dari pertapaan dia selama 2 bulan di beberapa negara luar.


MEI



Bulan yang paling eyza nanti-nantikan terutamanya di penghujung bulan MEI. Sebab pada 24hb Mei 2012, eyza sekeluarga sekali lagi mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Gembira tak terkata bila eyza dapat peluang untuk buat UMRAH lagi.


JUN

Juga saat dinantikan bulan JUN sebab tak sabar nak balik Malaysia lepas umrah. Rindu pada family semua.



OKTOBER

Bulan yang rasanya menyebabkan eyza tak senang duduk. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila pada bulan nie ada satu rombongan datang merisik. 20102012 ~ tarikh yang menjadi titik permulaan untuk menyatukan dua hati.


NOVEMBER




Mood kegembiraan menyapa di bulan ini bila pada tanggal 101112 dengan secara rasminya eyza bergelar tunangan orang. 


DISEMBER

Bulan kelahiran eyza - 05122012. Tiada sambutan macam tahun lepas tapi sangat eyza hargai bila ada yang sudi mesej eyza. Mesej2 dari family dan orang tersayang cukup membuatkan ia satu hadiah bermakna buat eyza. Dan pada tanggal 121212 jugak menjadi tarikh bermakna dalam hidup eyza bila doktor pakar sahkan eyza bebas dari sebarang penyakit. Bermakna eyza seorang yang sihat!



InsyaAllah eyza berharap kedatangan 2013 akan memberi sinar kebahagiaan buat diri eyza dan keluarga terutamanya untuk mak dan ayah eyza yang selama ni sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anak-anak.




p/s : segala memori tak kisah la manis ker masam ker pahit ker tawar ker, bila dikenang-kenang balik pasti rasa nak senyum sorang-sorang jea hihi...  (~_~)

Tuesday, September 18, 2012

Syahdu Terasa Di Saat Keinginan Memuncak

Pagi tadi on da way nak datang kerja sempat lah eyza dengar berita di Radio. Rasa syahdu sangat-sangat bila pemberita tue cakap jemaah haji Malaysia yang pertama selamat tiba di Madinah.


~ walaupun gambar tak jelas tapi eyza suka suasana nie masa semua adik beradik berkumpul hantar eyza dan mak ayah nak berangkat buat UMRAH ~


Eyza terasa syahdu bagai nie sebab rasa di hati memuncak sangat nak ke Mekah. Teringin hajat di hati nak tunaikan haji. 


~ perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata bila dapat tengok kiblat umat islam secara langsung ~


Dan yang paling terasa bila terkenang kembali saat - saat jejakkan kaki di lantai Masjidil Haram dan depan Kaabah. Walaupun cuaca panas terik tapi lantai depan Kaabah tue sentiasa sejuk sahaja.


~ lantai depan Kaabah yang sentiasa menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia ~



Eyza ada cakap dengan mak teringin rasanya nak pergi haji bersama-sama mak ayah dan adik beradik. Tapi yerlah nak kumpul duit nie memang makan masa yang lama jugak. Kan best kalau ada yang sudi sponsor tambang kami semua pergi haji hehe...





p/s : nak tunggu tahun 2038 giliran terasa lamanya... wahai duit cepat2lah membesar dengan banyaknya huhu... (^_^)

Thursday, November 3, 2011

Kisah di Masjidil Haram

Salam u olsss...



Gambar Kaabah ni diambil secara langsung oleh kamera ai. U olsss tengoklah betapa ramainya umat Islam seluruh dunia yang sedang melakukan tawaf.


Selalunya lepas habis solat dan tengok Kaabah, pasti ai sefamily akan menuju ke tong air zam2 yang banyak ada di di dalam Masjidil Haram nie. Dekat sini ada disediakan pilihan air zam2 ais dan tak berais. We olsss lebih suka yang tak berais sebab lebih terasa kenikmatan air zam-zam tue. 




(amik pic live depan Kaabah)

Terharu bila pertama kali dapat tengok Kaabah. Selama nie dok tengok kot TV tak pun dalam gambar2. Tapi kali nie berpeluang tengok secara 'live'. Rasa macam nak menangis saat tue akhirnya diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk tengok kiblat seluruh umat Islam di dunia. Memang tak tergambar dengan kata2 laa bila boleh lihat, sentuh dan jalan sebelah Kaabah tue.



(dengan ayah ai depan gambar Hajarul Aswad)

Kejadian yang memang tak dijangka akan berlaku. Sesuatu yang diimpikan semua bila pergi Umrah atau Haji. Tanpa diduga ai dan kakak ai berpeluang untuk kucup Hajarul Aswad. Batu yang berada di Kaabah tue memang menjadi tumpuan semua jemaah. 

Kalau ikut tue memang payah laa nak tembus laluan ke situ. Yer laa orang2 Malaysia nie kecik2 aja berbangding dengan orang2 Arab. Tapi mungkin Allah nak beri kesempatan kepada kami. Laluan kami berdua dipermudahkan. Jalan nak sampai ke Hajarul Aswad tue rasa lengang padahal kiri kanan orang dok berasak asak. 

Masa kami berdua dapat peluang tue rasa macam pergerakan orang sekeliling terhenti. Bila dah dapat sampai kami kaget tak tahu nak buat apa. Yer la tak sangka dalam bersesak2 tue kami boleh lepas ke depan.

Trosss mak ai jerit suruh kucup batu Hajarul Aswad tue. Syukur sangat2 time tue. Lepas kami keluar dari halangan tue, tengok belakang balik orang ramai dah mula berasak asak. Padahal tadi semua macam terhenti. Alhamdullillah sangat2 berkat pertolongan dari Allah s.w.t memudahkan kami nie untuk kucup Hajarul Aswad. Syukur padamu Ya Allah!

Wednesday, November 2, 2011

Kisah di Jabal Rahmah

Salam u olsss...


Sedikit info pasal Jabal Rahmah --> Jabal Rahmah nie merupakan lokasi pertemuan Nabi Adam dan isterinya Hawa yang sebelum itu mereka telah terpisah jauh yang menurut sejarah Islam; Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa di Jeddah.




Bukit Jabal Rahmah ini mempunyai ketinggian lebih kurang 15 meter dan untuk sampai ke atas, u olsss perlu mendaki anak2 tangga yang berlekuk-lekuk. Di sepanjang laluan nak ke tangga dan di atas tangga, u olsss akan dapat melihat warga luar menjual barangan keperluan jemaah. Antaranya baju, tudung, sejadah dan jam tangan.

Dan awas yea jika u olsss sudah sampai ke atas bukit itu, jangan sesekali menerima pen yang dihuluarkan warga luar nie. Sebab selepas u olsss menulis, mereka akan meminta bayaran untuk pen yang telah digunakan. Sebaiknya kalau dah sampai kat atas bukit tue, tadah tangan mengadap kiblat dan berdoa untuk kebaikan sekeluarga. Ada jugak orang kata, dekat bukit tue tempat mustajab berdoa mendapat jodoh. Wallahuallam sebab jodoh pertemuan semua di tangan Allah s.w.t.




Dekat Bukit Jabal Rahmah ini jugak disediakan perkhidmatan menaiki unta. Kalau tak salah, seorang akan dicaj 5 riyal dan untuk sekeping gambar bersama unta ini akan dicaj 10 riyal.

Kisah di Masjid Nabawi

Salam u olsss...


Terlebih dahulu nak bagitahu jangan soal yea kenapa baru sekarang nak upload citer UMRAH hehe...Tapi nak cakap jugaklah, sebenarnya pemilik blog nie amat2lah malas nak buat entri. Cuma kali nie tergerak nak buat entri UMRAH nie sebab kebetulan sekarang musim haji.


Ai tak derlah citer selengkapnya dari saat mula bertolak hingga sampai, cuma citer part2 yang penting jer bagi orang yang buat umrah. Okey sebagai permulaan untuk entri nie ai akan citer berkenaan Masjid Nabawi.




Ingat lagi masa ai datang kali pertama tahun 2008, handphone my sis dirampas pengawal perempuan nie...masa tue lepas maghrib ai rakam video sekeliling Masjid Nabawi..lepas bersoal jawab dia minta ai delete semua video dalam handphone tue....(huhu abesss semua video yang tak berkaitan kena delete)

Sebab tue bila datang pulak tahun 2010 nie ai sefamily lebih berhati2 merakam gambar (takut kejadian sama berulang).


Walaupun ai sefamily duduk 3 hari saja di Madinah tapi banyak pengalaman dapat dikutip (yang besttt tue dapat duk hotel yang sama macam tahun 2008)


Di Masjid Nabawi nie laaa ai berjalan kaki ayam keluar dari Masjid untuk balik ke hotel penginapan sebab kasut ai hilang (huhuhu maybe ai tersilap letak, pastu nak balik cari tak jumpa)....


Di dalam Masjid Nabawi nie juga ai tarik tangan my sis untuk berlari2 ke tempat depan dalam Raudhah...masa we olsss sampai pagi tue tengah giliran orang Iran (kalau tak silap la) dan lepas tue baru orang Malaysia...bila kenang2 balik rasa geli hati we olsss boleh berlari2 pulak dalam masjid tue padahal bukan boleh trosss ke depan lagi tapi kena tunggu kat satu hentian....pecah gelak kenang gelagat we olsss.....


Tapi yang paling terharu sekali tak sangka ai dapat jejak ke Raudhah...mula melangkah ke karpet hijau tue rasa syahdunya hati dapat tengok tempat tinggalan Nabi Muhammad s.a.w. Tengok mimbar tempat duduk Nabi masa baca khutbah rasa macam dekatnya di zaman itu. Time tue suasana memang sayu laa..Semua yang ada pakat menitiskan air mata kenang sejarah dan perjuangan Nabi.


Dan ada jugak kenangan pada tahun 2008 yang tak dapat ai berkongsi di sini yang membuatkan ai jadi insaf dengan kebesaran Allah s.w.t. Namun biarlah ia hanya jadi rahsia antara ai dengan Allah s.w.t sahaja. Sebab tue ai bersyukur sangat2 untuk kunjungan kali kedua pada 2010, ai diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sepanjang di Madinah.




Gambar di atas semua diambil di depan Masjid Nabawi.



Suasana di luar Masjid Nabawi pada waktu malam. Kalau waktu siang, mereka akan buka payung untuk keselesaan jemaah yang bersembahyang di luar.



Haaa kat sana pun ada KFC tau. Dan budaya di sana tak berapa nak galakkan untuk buang masa bersantai sambil makan maka tidak disediakan sangat kemudahan kerusi dan meja untuk duduk makan dan minum. Kalau nak makan kat situ jugak boleh tapi kena duduk atas temboklah.



Kebiasaannya untuk jemaah umrah, akan berada di Madinah selama 3 hari sementara untuk jemaah haji mereka perlu berada selama 4o jam waktu sembahyang. Okehhh bersambung ke entri akan datang yea.


Thursday, September 8, 2011

Kenangan Darjah 3

Salam u olsss...

Petang kelmarin masa ai balik kerja, dengar satu lagu yang dipasang kat radio Sinar fm. Dengar jer lagu tue trosss terimbau kenangan masa ai di darjah 3.




Ai terlupa tajuk lagu tue tapi lebih kurang macam nie la lagu tue.

Kasih..
Dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang

Lagu nie sebenarnya ai dan kawan2 nyanyikan semasa hari Anugerah Cemerlang kat sekolah masa tue.

Terbayang2 lagi menyanyi sambil duduk tepi kolam dengan sebelah tangan membuai2 dalam air kolam tue. Masa tue we olsss nyanyikan untuk hibur tetamu diraja iaitu Tuanku Sultan dan Sultanah semasa majlis santapan diraja.

Kira nie antara kenangan manis berganda untuk diri ai sebab masa tue ai juga menerima anugerah dari Tuanku Sultan. Habis jer acara penerimaan hadiah trosss bergegas tukar baju pulak untuk menyanyi. Seronok kalau diingat balik kenangan2 di sekolah rendah sebab masa tue apa saja aktiviti mesti eksaited nak join.

Dan yang bestnyer masa sekolah rendah nie tak payah pikir apa2 masalah macam la nie hehe kira bebas dari segala masalah. Yang tahunya hanya pagi pergi sekolah dan petang cari kawan nak main. Kalaulah boleh berputar kembali kenangan itu ermmmm beshhhh...







Thursday, February 10, 2011

"Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris"



Pagi2 lagi buka belog ternampak satu mesej kat shoutbox dari Pieyaris...Dia ajak ai join contest yang dianjurkannya.

Lalu tanpa membuang masa trosss ai terjah belog dia SEBAB ai suka lerrr join contest2 nie....
TAPI kali ini u olsss kena sediakan tisu banyak2 yerrr sebelum baca entri nie..sob sob tuan penganjur minta ai story mory yang menitiskan air mata...

Ermmm ai nak citer pasal sesuatu yang berlaku kat ai masa pergi buat Umrah dengan keluarga.

Story Pertama



(amik pic live depan Kaabah)

Bila pertama kali dapat tengok Kaabah. Selama nie dok tengok kot TV tak pun dalam gambar2. Tapi kali nie berpeluang tengok secara 'live'. Rasa macam nak menangis saat tue akhirnya diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk tengok kiblat seluruh umat Islam di dunia. Memang tak tergambar dengan kata2 laa bila boleh lihat, sentuh dan jalan sebelah Kaabah tue.


Story Kedua



(hadapan Masjid Nabawi, Madinah)

Selama tiga hari di Madinah, banyak kenangan yang berlaku..Tapi yang paling terharu sekali tak sangka ai dapat jejak ke Raudhah...mula melangkah ke karpet hijau tue rasa syahdunya hati dapat tengok tempat tinggalan Nabi Muhammad s.a.w. Tengok mimbar tempat duduk Nabi masa baca khutbah rasa macam dekatnya di zaman itu. Time tue suasana memang sayu laa..Semua yang ada pakat menitiskan air mata kenang sejarah dan perjuangan Nabi.

Story Ketiga


(dengan ayah ai depan gambar Hajarul Aswad)


Kejadian yang memang tak dijangka akan berlaku. Sesuatu yang diimpikan semua bila pergi Umrah atau Haji. Tanpa diduga ai dan kakak ai berpeluang untuk kucup Hajarul Aswad. Batu yang berada di Kaabah tue memang menjadi tumpuan semua jemaah. Kalau ikut tue memang payah laa nak tembus laluan ke situ. Yer laa orang2 Malaysia nie kecik2 aja berbangding dengan orang2 Arab. Tapi mungkin Allah nak beri kesempatan kepada kami. Laluan kami berdua dipermudahkan. Jalan nak sampai ke Hajarul Aswad tue rasa lengang padahal kiri kanan orang dok berasak asak. Masa kami berdua dapat peluang tue rasa macam pergerakan orang sekeliling terhenti. Bila dah dapat sampai kami kaget tak tahu nak buat apa. Yer la tak sangka dalam bersesak2 tue kami boleh lepas ke depan. Trosss mak ai jerit suruh kucup batu Hajarul Aswad tue. Syukur sangat2 time tue. Lepas kami keluar dari halangan tue, tengok belakang balik orang ramai dah mula berasak asak. Padahal tadi semua macam terhenti. Alhamdullillah sangat2 berkat pertolongan dari Allah s.w.t memudahkan kami nie untuk kucup Hajarul Aswad.


Okehhh laa ai dah story mory yang menitiskan air mata dah.. Cukup laa tiga story tue yerr...Nanti banyak2 sangat kesian laak kat orang lain tak boleh jadi pemenang kedua dan ketiga sebab tempat pertama dah bagi kat ai...Hihihi okehhh kalau u olsss terasa nak story mory yang menitiskan air mata jugak, jangan malu jangan segan... Sharing is caring. Klik SINI yerr untuk ke belog penganjur....






Thursday, December 9, 2010

Contest Kenangan Terindah 2010

hye alll.....

arini ai nak join satu contest dari blogger Cik Teratai Wangi a.k.a tuan punyerrr blog Mahar Karya Hati

macam biasa tengok banner kat bawah nie sure u olsss tau dah tajuk perrr contest nie kan kan....kalau nak join gakkk dengan ai plisss klik banner di bawah nie ekkk.... ;) tapi sebelum tue ai nak tag 2 orang rakan blogger ai untuk ajak join sama...mereka2 yang bertuah ialah erin | fyna




okehhhh jummm kiterrr tengok sama2 apakah syarat2 yang dikenakannyerrr.....check it out
.
.
.
.
.
.
.
  • Terbuka kepada semua blogger lelaki/Perempuan
  • Follow Cik Teratai Wangi tp kalo xnak follow pon xpe.. cuma kalo follow senang nak tau updated kan..
  • Pilih satu gambar kenangan terindah korang Sepanjang tahun 2010 ni n mesti ada korg dlm gambar tu..
  • Wat satu entri tentang kenangan dalam gambar tu..
  • Sertakan tarikh gambar tu diambil..
  • Letakkan banner contest kat dalam entri n side bar korang..
  • Tag 2 orang rakan blogger korang..
  • Dah siap semua bagi Link kat cik Teratai Wangi..
  • Tarikh Tutup: 31.Disember. 2010


Jadi dengan ini secara rasminyaa selepas selongkar selak balik album2 2010, ai dah pilih satu gambar kenangan terindah 2010 ai punyerrr.....sila lerrr jemput lihat gambar tue di bawah nie..
.
.
.
.
.
.

(kenangan di hadapan Masjid Nabawi)


tentu u olsss semua tau kan kat mana gambar nie diambil..bagi yang tak tau ai akan citerkan....

gambar ini ai pilih sebagai kenangan terindah 2010 ai sebab dalam banyak2 percutian ai rasa ke tempat ini laa kenangan yang paling seronok sangattt...masa nie ai sefamily pergi umrah bulan 6 aritu (03/06/2010-16/06/2010).....

gambar nie diambil depan Masjid Nabawi di Madinah pada 05 June 2010....dalam gambar tue ai yang hujung sekali dari kiri (sebelah ayah ai)...gambar nie diambil dalam pukul 10.30 pm lepas we olsss ronda2 pusing keliling Masjid Nabawi tue...kira malam tue malam terakhir we olsss berada di Madinah sebelum berangkat ke Mekah....

ai pilih gambar nie sebagai kenangan terindah ai sebab di Masjid Nabawi nie menyimpan banyak memori suka duka we olsss sefamily ke sini...

ingat lagi masa ai datang kali pertama tahun 2008, handphone my sis dirampas pengawal perempuan nie...masa tue lepas maghrib ai rakam video sekeliling Masjid Nabawi..lepas bersoal jawab dierrr minta ai delete semua video dalam handphone tue....(huhu abesss semua video yang tak berkaitan kena delete)

sebab tue bila datang pulak tahun 2010 nie ai sefamily lebih berhati2 merakam gambar (takut kejadian sama berulang)


walaupun ai sefamily duduk 3 hari saja di Madinah tapi banyak pengalaman dapat dikutip (yang besttt tue dapat duk hotel yang sama macam tahun 2008)


di Masjid Nabawi nie laaa ai berjalan kaki ayam keluar dari Masjid sebab kasut ai hilang (huhuhu maybe ai tersilap letak, pastu nak balik cari tak jumpa)....


di dalam Masjid Nabawi nie juga ai tarik tangan my sis untuk berlari2 ke tempat depan dalam Raudhah...masa we olsss sampai pagi tue tengah giliran orang Iran (kalau tak silap la) dan lepas tue baru orang Malaysia...bila kenang2 balik rasa geli hati we olsss boleh berlari2 pulak dalam masjid tue padahal bukan boleh trosss ke depan lagi tapi kena tunggu kat satu hentian....pecah gelak kenang gelagat we olsss.....


insyaAllah kalau ader rezeki lebih lagi ai teringin nak datang lagi...sebab sampai saat ini masih terasa ketenangan berada di sana....(semua masalah di Malaysia rasa hilang bila berada di sana)








Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke