Sunday, February 9, 2014

Happy 1st Anniversary FIZAIRI



Alhamdulillah semalam 08 FEBRUARI 2014, genap setahun (08022013-08022014) usia perkahwinan eyza dan suami. Terasa macam baru semalam jea eyza diijabkabulkan dengan suami dan bergelar isteri. 




Tapi semalam di tarikh yang sama, rupanya sudah setahun kami berkahwin. Dan yang paling bestnya bila ulangtahun perkahwinan kami yang pertama, kami sambut bertiga...yeayyy kami dah bertiga...hehe




Sempena genapnya setahun, eyza ada buat kenduri kesyukuran sikit. Mohon doa pada Yang Maha Esa agar rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke jannah bersama buah hati terchenta. Amin.


Niat asal nak buat majlis kecil-kecilan jamu kami adik beradik jea tapi sebab ada rezki sikit, dari kecil-kecilan adik beradik terus besar dengan kehadiran saudara mara dan jiran tetangga.




Habis licin semua makanan (nasi beriani + sambal ayam + dalca daging + acar timun dan nenas, pasembor, kuih sagu, agar-agar merah bersantan, pulut pisang, sardin roll telur cincang, cucur jagung + cucur pisang, buah limau sekotak, betik dan kek) sampai tuan rumah sendiri tak sempat nak merasa semua...hihi..tapi tak apa, asalkan tetamu balik dalam kekenyangan sudah cukup memuaskan hati tuan kenduri. InsyaAllah ada rezki lebih, kita makan-makan lagi.

Buat suamiku yang paling ku cintai dan sayangi,

Kau tetap ku cintai,
Dari hari pertama kita nikahi,
Kau selamanya di hatiku...

Kini keluarga kita makin bertambah dengan kehadiran anak comey...Dan mudah-mudahan ikatan kasih sayang antara kita kekal bahagia hingga ke Jannah. Love u abanggggg...

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke