Monday, February 27, 2012

Mana Best Antara AZURA 2012 dan HANTU DALAM BOTOL KICAP?

Salam u olsss...


Ai ada 2 filem untuk dibuat pilihan untuk ditonton iaitu AZURA 2012 dan HANTU DALAM BOTOL KICAP. Agak2 u olsss mana satu yang best untuk ditonton yer?



Azura 2012 ini mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
(sumber : SINI)
 '

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.
(sumber : SINI)



p/s : baca sinopsis AZURA 2012 macam tak boleh nak lawan kehebatan AZURA yang lama...

5 comments:

  1. dah tgk azura......
    nothing special pun..... rugi jer pi tgk....
    antu kicap tu..... tak tgk lagi... tapi tipikal lawak melayu lah.....boleh ler.....

    ReplyDelete
  2. dua2 mas kureng.hhahaa..

    ReplyDelete
  3. layan jurney 2 mystrious islnd..best..!

    ReplyDelete
  4. @remyhazza kiranya AZURA tak best la..okeh okeh...mekasih remy..dah ada pilihan lain la nk tgk hihi...(^_^)

    ReplyDelete
  5. @MaYa MustWany ekeke yer la mas kan layan citer omputih jer...hihi.. =)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke