Wednesday, November 2, 2011

Kisah di Masjid Nabawi

Salam u olsss...


Terlebih dahulu nak bagitahu jangan soal yea kenapa baru sekarang nak upload citer UMRAH hehe...Tapi nak cakap jugaklah, sebenarnya pemilik blog nie amat2lah malas nak buat entri. Cuma kali nie tergerak nak buat entri UMRAH nie sebab kebetulan sekarang musim haji.


Ai tak derlah citer selengkapnya dari saat mula bertolak hingga sampai, cuma citer part2 yang penting jer bagi orang yang buat umrah. Okey sebagai permulaan untuk entri nie ai akan citer berkenaan Masjid Nabawi.




Ingat lagi masa ai datang kali pertama tahun 2008, handphone my sis dirampas pengawal perempuan nie...masa tue lepas maghrib ai rakam video sekeliling Masjid Nabawi..lepas bersoal jawab dia minta ai delete semua video dalam handphone tue....(huhu abesss semua video yang tak berkaitan kena delete)

Sebab tue bila datang pulak tahun 2010 nie ai sefamily lebih berhati2 merakam gambar (takut kejadian sama berulang).


Walaupun ai sefamily duduk 3 hari saja di Madinah tapi banyak pengalaman dapat dikutip (yang besttt tue dapat duk hotel yang sama macam tahun 2008)


Di Masjid Nabawi nie laaa ai berjalan kaki ayam keluar dari Masjid untuk balik ke hotel penginapan sebab kasut ai hilang (huhuhu maybe ai tersilap letak, pastu nak balik cari tak jumpa)....


Di dalam Masjid Nabawi nie juga ai tarik tangan my sis untuk berlari2 ke tempat depan dalam Raudhah...masa we olsss sampai pagi tue tengah giliran orang Iran (kalau tak silap la) dan lepas tue baru orang Malaysia...bila kenang2 balik rasa geli hati we olsss boleh berlari2 pulak dalam masjid tue padahal bukan boleh trosss ke depan lagi tapi kena tunggu kat satu hentian....pecah gelak kenang gelagat we olsss.....


Tapi yang paling terharu sekali tak sangka ai dapat jejak ke Raudhah...mula melangkah ke karpet hijau tue rasa syahdunya hati dapat tengok tempat tinggalan Nabi Muhammad s.a.w. Tengok mimbar tempat duduk Nabi masa baca khutbah rasa macam dekatnya di zaman itu. Time tue suasana memang sayu laa..Semua yang ada pakat menitiskan air mata kenang sejarah dan perjuangan Nabi.


Dan ada jugak kenangan pada tahun 2008 yang tak dapat ai berkongsi di sini yang membuatkan ai jadi insaf dengan kebesaran Allah s.w.t. Namun biarlah ia hanya jadi rahsia antara ai dengan Allah s.w.t sahaja. Sebab tue ai bersyukur sangat2 untuk kunjungan kali kedua pada 2010, ai diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sepanjang di Madinah.




Gambar di atas semua diambil di depan Masjid Nabawi.



Suasana di luar Masjid Nabawi pada waktu malam. Kalau waktu siang, mereka akan buka payung untuk keselesaan jemaah yang bersembahyang di luar.



Haaa kat sana pun ada KFC tau. Dan budaya di sana tak berapa nak galakkan untuk buang masa bersantai sambil makan maka tidak disediakan sangat kemudahan kerusi dan meja untuk duduk makan dan minum. Kalau nak makan kat situ jugak boleh tapi kena duduk atas temboklah.



Kebiasaannya untuk jemaah umrah, akan berada di Madinah selama 3 hari sementara untuk jemaah haji mereka perlu berada selama 4o jam waktu sembahyang. Okehhh bersambung ke entri akan datang yea.


6 comments:

  1. akak...nk merajuk la camni..caer x penah jejakkan kaki kat sane..teringin rasenye..insyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. nape pengawal tuh nak rampas hp lak?

    ReplyDelete
  3. cantik kan teringin nak mengalami nyer sendiri..;d

    ReplyDelete
  4. @ mohd sasuke : ala CAER..jgn la merajuk dgn akak..camner akak nak pujuk nie hihi...insyaAllah suatu masa nanti akan sampai rezki CAER pulak untuk ke sana.

    ReplyDelete
  5. @ MaYa MustWany : sebab dia ingat akak rakam gambar2 mereka sedang mengawal.

    ReplyDelete
  6. @ Run Away : subhanallah cantik sungguh di sana. sapa yg dah pernah merasanya akan tahu keadaannya. =)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke