Thursday, December 22, 2011

Kenapa Perlu Berkahwin Siri II

Sambungan dari SIRI I...


Sebaik melihatkan peristiwa ini, Rasulullah SAW pun berlalu mendapatkan golongan sahabat tersebut lalu bersabda:-

'Apakah kamu sekalian yang mengatakan begini dan begitu? Aku pula, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kamu, dan aku juga orang paling banyak bertakwa di antara kamu sekalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku bersolat dan aku tidur dan aku juga berkahwin dengan kaum wanita. Barang siapa yang bencikan perjalanan hidupku ini, maka bukanlah dia dari golonganku.' (H.R. Bukhari & Muslim).


Allah SWT juga tidak pernah menghalang naluri fitrah manusia yang berkehendakkan perkahwinan. Hal ini dirangkumkan di dalam di dalam Surah An-Nisa seperti di bawah.




Lantaran itu mereka yang menolak perkahwinan itu telah menolak syariat bawaan Nabi Muhammad  SAW. Mereka yang tidak mengikut syariat Nabi SAW bermakna bukanlah dalam kalangan umatnya.


Kecualilah kepada mereka yang tidak menolak keharusan berkahwin dan setelah melakukan usaha dan mereka masih lagi tidak berkahwin. Barangkali disebabkan uzur syarie, jodoh tak kesampaian atau jodoh belum ada.


Namun apa yang ditekankan ialah mengakui dan berusaha mencari jodoh yang sesuai, selebihnya sama ada jadi berkahwin atau tidak diserahkan kepada Allah SWT. Kerana Allah STW sahajalah yang Maha Mengetahui pilihan terbaik untuk kita.



BERSAMBUNG...


4 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke