Showing posts with label SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Untuk entri pertama di bulan Februari, eyza nak join segmen. Anjuran blogger mselim3.






Jom kita ramai-ramai pakat join sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan blogger kita.

Thursday, January 31, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"

Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan menjanjikan yang terbaik buat semua orang. Eyza nak join GA lagi hehe... yeyyy nak saport sahabat terbaek eyza di alam maya sapa lagi kalau bukan REMYHAZZA. 



~ header baru REMY; terserlah kemachoan dia hehe... ~



Remy anjurkan GA nie sempena ulangtahun ke 2 blog AKU CUMA SEORANG KULIKUTIF. Wahhh rasa macam baru jea eyza kenal blog remy, tup tup dah masuk 2 tahun pun. Blog yang sungguh ohsem memang best untuk diterjah hari-hari. Cuma kadang-kadang akibat kekangan masa, eyza tak sempat nak baca semua entri dia. Hanya ada masa terluang jea eyza selak balik entri-entri Remy yang eyza ketinggalan nak baca.


Syarat-syarat yang Remy minta ialah :

1) terbuka kepada semua pembaca yang sudi singgah kat blog remy hazza nie
2) follow blog remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com (yg nie wajib ler...kalau dah follow itu lagi senang... )
3) kalau sudi like FB fanpages blog remy atau google+ remy ( tak paksa )
4) buatkan satu entry yg bertajuk "2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"
5) copy banner kat atas dan tampalkan dlm entry tu.
6) Ajak lah sahabat kenkawan semua utk join segmen nie
7) Kemudian, tinggalkan link entry kenkawan semua kat bhgn komen entry nie tau !!!! senang remy nak jejak nanti......
8) Tarikh akhir segmen nie akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 28 February 2013....(sebulan)


Semua syarat-syarat yang Remy minta eyza dah buat hehe...Jadi tunggu apa lagi, jom semua kita serbu blog Remy dan join GA dia yang ohsem ini. 







Makan mee udang dekat sungai dua
Pergi bersama jejaka yang hensem
Selamat menyambut ulang tahun yang kedua
Buat Remy dan blog yang ohsem






p/s : menghitung hari, detik demi detik....  (^_^)

Tuesday, January 29, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~




Eyza nak jon segmen lagi hehehe... Kali ini anjuran Kasih Lestari Abadi dengan tajuk segmen dia ialah : Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~.



~ baru 562 follower eyza ~



Follower eyza tak ramai mana pun tapi macam apa yang REMY katakan, 'biar tak ramai follower, asalkan ada pengikut setia yang sudi membaca isi coretan dalam blog kita'. Jom semua kita meriahkan segmen anjuran Kasih Lestari Abadi ni sambil kita follow dia. 



p/s : tak larat nak layan orang laa dalam keadaan dok selsema nie....huhu

Sunday, January 6, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......




Eyza nak join segmen yang dianjurkan blogger APIT yang bertajuk Segmen : Saya Blogger Negeri ....... dengan tujuan untuk meramaikan blogger dari negeri itu hehe...


Maka dengan ini eyza nak bagi tahu yang eyza adalah blogger dari 



 ~ KEDAH ~



Apa yang menarik mengenai KEDAH yang selamanya tetap di hati eyza terutamanya di tempat eyza tinggal ialah ia bebas dari traffic jam yang menyesakkan hati dan minda hehe...dengan ber'bin'kan AMAN, KEDAH DARUL AMAN memang sebuah negeri yang aman dengan pemandangan yang menyejukkan mata memandang bila ada kawasan sawah padi hehe...


Jom semua blogger Malaysia, pakat join ramai-ramai segmen dari APIT yang berjalan sepanjang tahun tanpa tarikh tutup.

Monday, December 24, 2012

"Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan"

Eyza dapat jemputan dari ECAH untuk join segmen pertama yang dia dianjurkan. Eyza pernah join segmen macam nie dulu tahun 2010 dan kalau ada yang nak baca sila ke SINI. Segmen ECAH bertajuk "Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan" dibuat sebab ECAH kata dia teringin nak tahu apa kenangan pahit manis blogger untuk sepanjang tahun 2012. Tambahan pulak 2012 hampir melabuhkan tirainya lagi beberapa hari saja lagi. Yiehaaaa tak sabar nak tunggu 2013 menjelma memunculkan diri haha...


~ nak join segmen ni klik SINI ~

Untuk tahun 2012 nie bila eyza selak-selak balik diari rasanya ada 3 kenangan yang boleh dikatakan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup eyza.


Kenangan Pertama :


Kenangan yang paling takkan luput dalam memori eyza sehingga ke akhir hayat bila eyza berpeluang menjadi tetamu Allah dan menjejakkan lagi kaki buat kali ketiga di Tanah Haram MAKKAH dan MADINAH (24/05/2012 - 05/06/2012). 



Pemergian kali ini hanya disertai oleh abah, emak, eyza dan mak cik sahaja. Sungguh tak terbayang dengan kata-kata bila diberi peluang lagi oleh Allah s.w.t untuk eyza beribadat di rumahNya. 



Walaupun ini kunjungan yang ketiga tapi sedikit pun tak terdetik di hati eyza rasa jemu dan bosan sebab Eyza paling suka tengok Kaabah setiap kali selepas solat. Teruja nak tengok Kaabah secara langsung tau! Rasa sayu dan nak menangis jer bila berdiri betul-betul depan Kaabah. Masa tu semua dah tak ada nak coverline sebab otomatik bergenang air mata. Baik lelaki atau perempuan semuanya pasti akan menangis bila berdoa depan Kaabah. Alhamdulillah walaupun cuaca tepat 12 tengahari, tapi eyza tak rasa panas terik sebab lantai Kaabah tu sentiasa sejuk sahaja. Syukur padaMu Ya Allah sebab telah mengabulkan doa dari hambaMu ini. InsyaAllah kalau ada rezki eyza teringin nak pergi Haji dengan mak ayah dan dia. Mudah-mudahan tercapai hajat eyza nan satu ni!




Kenangan Kedua :


Dan ini kenangan terhebat di tahun 2012 bila tanggal 10 November 2012 (101112) eyza telah bertukar status. Syukur padaMu Ya Allah kerna Engkau melancarkan majlis pada hari tue. Walaupun diiringi hujan yang sangat lebat tapi tengok keceriaan pada wajah mak ayah, eyza rasa seronok sangat. Walaupun majlis ni simple (bak kata anak sedara eyza kerna dia tak dak kerja nak ditolong sebab semua habis diagihkan pada saudara mara), tapi ia tetap menjadi satu majlis yang bermakna buat Eyza. Segala rasa gementar dan cuak terus hilang bila kata sepakat telah dicapai. InsyaAllah mohon sama-sama doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Terima kasih Ya Allah untuk kurniaan ini!




~ mohon restu dari mak Eyza ~

~ salam tangan bakal mertua hihi... ~

Kenangan Ketiga :

Kenangan yang terakhir ini adalah sangat bermakna dalam hidup Eyza bila mana tanggal 12 Disember 2012 (121212), seorang doktor pakar mengesahkan eyza sihat walafiat dan bebas dari sebarang gejala tak sihat. Ayat dia yang membuatkan eyza boleh tarik nafas lega iaitu "saya senang hati hari ini dengan perkembangan kesihatan awak. Buat ECG, ambil 4 jenis darah, ECHO dan ujian paru-paru semuanya menunjukkan OK." Syukur alhamdulillah sangat-sangat bila penantian eyza selama 6 bulan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. 


Okey la eyza stop kat sini dulu. Sat lagi kalau banyak menulis, pasti bosan nak baca hihi... Jom semua kita saport segmen pertama ECAH nie. Boleh share-share kenangan terindah semua.





p/s : moga-moga tahun 2013 lebih membawa kebahagiaan dan kegembiran buat Eyza sekeluarga.












Sunday, December 23, 2012

BLOGLIST BLOGGER BAHARU 2013 | SEGMEN TAMBAH FOLLOWER !

Eyza nak join segmen dari kawan blogger ahsfantasy24.







Syarat-syarat penyertaan ialah seperti di bawah :

  1. Follower anda mestilah kurang daripada 1000 orang;
  2. Buat entry ringkas tentang bloglist ini dan pautkan ke sini, tujuannya agar lebih ramai rakan-rakanblogger baharu tahu tentang bloglist ini;
  3. Tinggalkan link entry anda ke entry ini, tinggalkan juga ID blog anda;


Monday, December 17, 2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Dah lama eyza tak join segmen yea.. Satu sebab kekangan masa di mana waktu adik-adik praktikum ni ada eyza kena bahagikan PC nan sebijik ni kepada 4 orang dan yang kedua sebab blog eyza masa tu memang bermasalah. Jadi otomatik kerna sebab-sebab tu, eyza jarang dah hapdet blog hihi...Dan sebenarnya malas pun ada jugak hahaha...


Tapi hari ini tergerak pulak hati nak join segmen dari Blogger Leeza. Itupun sebab terbaca dalam blog REMY hihi... Segmen yang bertajuk "Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza" ini dibuat Leeza bukan untuk mencari glamer tau tapi sebab Leeza nak melebarkan sayap terbang tinggi seluas mungkin dalam arena blog.






 Antara cenderahati yang bakal Leeza bagi adalah seperti berikut :


  • Tempat pertama : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') berserta frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat kedua : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain, fridge magnet dan blog review oleh santai leeza.
  • Tempat ketiga : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame, keychain dan blog review oleh santai leeza.
  • Saguhati : Boarding Pass Santai Leeza dot com (ukuran lebih kurang 5' x 7') tanpa frame.
  • Jumlah penerima saguhati seramai 10 orang.
  • ** Boarding Pass Santai Leeza dot com hanyalah rekaan semata dan sebagai tanda kenangan serta penghargaan terhadap bloggger. 

Jom semua kita bagi sokongan pada Leeza yang buat pertama kalinya menganjurkan segmen ini..Ayuh yukk kita memeriahkan blog Leeza.

Wednesday, August 8, 2012

Geng Skodeng Blog

Eyza nak join segmen yang dianjurkan blogger Zaharin yang bertajuk "Geng Skodeng Blog".


~klik BANNER untuk join ~


Syarat-syarat penyertaan dia ialah :

~ follow laman hijau BLUES SEORANG AKU (blog zahrin)
~ buat entri dan letakkan banner macam kat atas tue
~ siap, tinggalkan url entri di ruangan komen INI.


JOm kita meriahkan segmen ZAHRIn sebelum ditutup secara rasmi pada 15 Ogos 2012.


Tuesday, August 7, 2012

Jom Masuk Bloglist OGOS Santai Leeza

Saja teringin nak join segmen yang tak ada orang ajak sebab seronok tengok REMY yang sporting join apa saja segmen hehe...


Kali nie segmen anjuran blogger santai iaitu LEEZA.




Segmen kali nie bertajuk "Jom Masuk BLoglist OGOS Santai Leeza". Jadi kalau join segmen nie, blog anda akan tersenarai dalam bloglist LEEZA sepanjang bulan OGOS nie.


Jom ramai-ramai kita penuhkan BLOGLIST LEEZA.. (~_~)




p/s : alamak tersasul panggil 'mak cik' kat seorang waris pelajar huhu nasib baik dia tak dengar...

Monday, August 6, 2012

"Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner"

Hari ni eyza nak join segmen yang dianjurkan Inspektor Shahab PHAT... Tajuk segmen dia ialah : 'Di mana anda beraya tahun ini'.


~ klik BANNER kalau nak join ~

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya destinasi raya eyza untuk tahun ni masih sama seperti dulu iaitu di rumah family eyza.

    Memandangkan eyza tak ada kampung, jadi tiap-tiap tahun kami beraya di rumah sendiri saja di Alor Setar, Kedah. Kalau dulu masa zaman kanak-kanak, terasa jugak kemeriahan suasana raya tapi sekarang nie suasana tu dah tak ada. Balik jer sembahyang dan ziarah kubur datuk nenek, kakak dan abang maka kami sekeluarga duduk saja di rumah makan-makan, tengok TV dan borak-borak.


    Nak pergi ziarah rumah jiran pun ramai yang balik kampung, jadi kami tunggu sehingga petang kalau tak ada saudara mara yang datang, kami mulakan konvoi beraya ke rumah saudara mara. Dan selalunya dalam satu hari habis rumah diterjah maklumlah semua saudara mara duduk sekitar Alor Setar saja.


    Ekcelli eyza teringin nak beraya kat kampung sebab nak rasa suasana di kampung. Almaklumlah sejak eyza kenal dunia, kampung eyza hanya di rumah nie saja lah. Kami tak ada istilah balik kampung sebab datuk nenek dah lama tak ada huhu...


    Ehh sori phat jangan tembak eyza yer Inspektor Shahab sebab dah melalut cerita panjang macam-macam hehe..


    Okeylah eyza stop kat sini dulu. Maka dengan rasmi eyza tag :





    Thursday, August 2, 2012

    " Segmen Lokman : Saya Blogger Dari ...."

    Sebagai tanda memberi sokongan kepada rakan blogger, maka eyza turut sibuk mengejoinkan diri dalam segmen yang pertama kali dianjurkan dia.


    Segmen yang sangat sempoi, ringkas dan tak perlu pening-pening kepala nak jawab.

    ~ klik BANNER kalau nak join ~


    " Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Negeri Kedah Darul Aman"


    Ekcelli lokman kata sambungan ayat tue kena taip tempat belajar sekarang tapi memandangkan eyza dah bekerja jadi dia kata hanya sambungkan ayat dengan menulis bandar yang tinggal sekarang.


    Sebab rasa ayat macam pendek jer eyza sambung sikit lagi. Dulu saya blogger yang belajar di Universiti Utara Malaysia, Kedah. 


    Okey itu jer lah kot sambungan dia hehe harap menepati kehendak lokman.





    p/s : mencari-cari sapa lah nak anjurkan segmen pasal raya pulak hehe...




    Wednesday, August 1, 2012

    Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya!!

    Eyza nak join segmen yang dianjurkan tok ketua kampung sengal sapa lagi kalau bukan AFZALSUKASUKI yang berduet bersama 2 blogger retis iaitu MK SHAHIR dan ARRA AHMAD.


    klik BANNER kalau nak menang yer..hihi


    Afzal kata kalau nak menang beg plastik tangan dan duit raya kena lah teka apakah nama manja sebenar kuih yang berada dalam gambar di bawah ini.




    Eyza teka : POPIA SARDIN ROLL




    Sunday, June 24, 2012

    Segmen : Kenali Komuniti Blogger

    ALkisah tersebutlah kisah setelah nama eyza di'mention' adik chegu CAER dalam facebook macam kat bawah nie.




    Ohh rupa-rupa caer anjurkan satu segmen yang bertajuk : Kenali Komuniti Blogger bertujuan untuk membantu rakan2 blogger untuk meningkatkan trafik blog sesama komuniti blogger




    Maka dengan tanpa rasa nak membuang masa, terus ai berminat nak mengejoinkan diri setelah tengok hadiah dia agak lumayan sebab memang ternanti2kan header buatan caer yang pernah mengedit  blog eyza dengan header dia yang sangat-sangat cumil (header eyza sekarang nie hasil tangan kreatif caer la). Klik sini tengok BUKTI!


    klik header nie kalau nak join yer



    Eyza tag : DEE RB  (sebab dia tengah plan nak edit blog)

    Monday, May 21, 2012

    Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool

    Dah lama benar rasanya tak join segmen jadi setelah ditag oleh blogger ohsem REMY maka ai terus terjah blog yang menganjurkan segmen nie untuk turut serta sekali.


    Kalau nak join klik SINI.



    Wednesday, March 28, 2012

    BEN ASHAARI DAN RAKAN BOGGER

    Salam u olsss...




    Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?


    "hai, dah lama sampai ker?"






    Kaitan soalan di atas dengan entri yang abang ben suruh baca ialah :


    kita selalu akan soal seseorang walaupun dah tahu apa yang sedang dibuatnya ketika itu.

    Sunday, March 25, 2012

    BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN

    Salam u olsss...


    Jom ramai2 join segmen dari BEN ASHAARI...











    Kata2 aluan : 

    Selamat datang ke blog selamber yang penuh dengan kisah kenangan dan e-novel khas untuk tatapan semua. "Apalah ada pada populariti di dunia seandainya di akhirat kelak malaikat penjaga syurga tidak mengenali kita "

    Thursday, March 22, 2012

    Segmen Blog Baru - Follow Kami Motivasikan Kami

    Salam u olsss...


    Jom sama2 join segmen yang dianjurkan blogger HasrulHassan nie sebelum ditutup pada 23 Mac 2012. Sangat mudah hanya isikan maklumat2 yang HH minta sahaja macam ai buat kat bawah nie.




    Nama blogger anda

    MISZ EYZA

    Usia anda

    27 TAHUN 3 BULAN 17 HARI


    Usia blog anda

     3 TAHUN 1 BULAN


    Berblog dari mana

     ikut kelapangan masa tapi kebanyakan masa di pejabat lah.


    Isi kandungan utama blog anda

     blog saya lebih kepada penceritaan kehidupan peribadi dan apa yang berlaku dalam hidup


    Dan apa jua yang ada kaitan untuk perkenalkan blog anda kepada yang lain

    Blog saya suatu tempat penceritaan yang bersifat selamba jadi anda boleh berselamba bergumbira di blog ini tanpa had dan limit...peace... (^_^)

    Saturday, March 17, 2012

    Jom jadi geng KAMI BLOGGER MALAYSIA

    Salam u olsss...


    misz eyza dari alor setar, kedah


    Tag :

    Tuesday, February 28, 2012

    Tergoda Dengan Mummy PINKY THE MOLLY

    Salam u olsss...


    Ahaaa jangan pikir bukan2 ekk pasal tajuk entri di atas...Ai masih perempuan tulen ekk. Tak der minat cintan cintun sama kaum sejenis hehe... Giler kentang laa nak minat dengan wife Encik Firdaus nie.. Kang tak pasal2 jadi frontpage akbar lakkk... (~_~)


    merahnya mak ngan hehe ini pic pernikahan MUMMY  yang sangat2 kebaboom

    Mummy PINKY THE MOLLY ialah sorang blogger yang memakai name tag blog sebagai 'MUMMY ADRIANA'.... Mula berblog pada September 2011. Kira masih baru lagi laa MUMMY ADRIANA dalam dunia blogger.



    Menurut kamus blogger mummy, tujuan utama dia berblog ialah sebab ADRIANA RAMADHANI. Haaa sapa lak ADRIANA RAMADHANI nie.. Adakah kekasih gelap mummy ker hihi.. Ekcelli ADRIANA RAMADHANI ialah anak syomel mummy dan encik firdaus.



    Inilah ADRIANI RAMADHANI anak syomel mummy. Mummy kalau mai aloq staq jangan lupa bawak Adriani sekali taw sebab geram nak cubit pipi gebu dia hehe...


    Selain dari ADRIANA RAMADHANI si budak syomel nie MUMMY ADRIANA jugak ada sorang lagi buah hati iaitu RAMADHANI HIJABS. Nak tahu siapa? Ehh bukan siapa la tapi apa...hehe....RAMADHANI HIJABS nie adalah nama bagi jenama hijab yang dijual oleh MUMMY ADRIANA. Buat orang Kedah yang tinggal kat area KULIM jom serbu booth hijab MUMMY ADRIANA di pasar pagi dan pasar malam di daerah situ.


    Tadaa inilah model untuk Ramadhani Hijabs. Nak tau maklumat lanjut pasal hijab nie jom ramai2 kita serbu fanpage RAMADHANI HIJABS   nie.


    Ehh sori termelalut panjang yang langsung tak ada kena mengena dengan tajuk entri...hihi... Ampunkan saya tok mad sengal.... (~_~)


    Ekcelli memang tergoda pun dengan Mummy PINKY THE MOLLY tapi bukan tergoda kisah kasih yer cuma tergoda dengan blog dia yang sangat2 cun giler...Waaa manyak jeles owh sama MUMMY ADRIANA. Syomel arrr blog dia yang warna PINK tue yang direka khas oleh AZHAFIZAH... Walaupun sengal tapi dalam hati MUMMY ADRIANA tetap berjiwa pinky2...hihi




    p/s : Ini adalah segmen khas untuk GENG BLOGGER SENGAL yang ditaja oleh Encik Ahmad Shin Chan a.k.a tok ketua kampung SENGAL. Sebarang hadiah nak dituntut sila berhubung dengan KETUA KAMPUNG yer..hihi..  (^_^)

    Thursday, February 23, 2012

    Dapat Doodle dari APIT dan ID CARD GBS dari AFZALSUKASUKI

    Salam u olsss...


    Ini doodle yang APIT buat untuk semua yang join segmen dia.





    Dan ini ID CARD ahli GBS ehehe... jadi mata2 polis plak ekkk...mekasih bebanyak2 la TOK KETUA atas penyiapan ID nie...nanti kalau ada apa2 aktiviti GBS boleh la pakai ID CARD nie.

    Jom Baca

    Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke