Tuesday, April 5, 2011

Aku diberi ujian sebab aku TABAH!!!

 (kredit pic to GOOGLE)


Ya Allah aku terima apa yang telah Engkau tetapkan buatku...
Jika dia bukan milikku, aku redha Ya Allah...
Aku bersedia melepaskan ia pergi mencari kebahagiaan sebenar.


Dalam hidup kita sering diuji dengan pelbagai masalah. Masalah2 itu antara boleh dihadapi atau pun tidak sahaja. Jika hati bersandarkan pada Allah s.w.t maka ujian dan masalah itu pasti boleh diatasi sebaik mungkin.

Selalunya orang yang sering diberi ujian ini ialah orang yang boleh menghadapinya dan yang tabah.

Tapi seringkali terjadi bagi seseorang yang diuji akan cuba berlakon atau berpura2 seolah-olah tiada apa2 masalah pun. Dengan niat tak ingin menyusahkan pihak2 yang tertentu. Saya sangat2 bersimpati pada orang yang macam ni sebab bila melibatkan hati dan perasaan yang disimpan sorang-sorang akan menyebabkan luka itu bernanah dan lambat sembuh.


Nak tanya lah pada sapa2 yang baca nie, kalau anda ditimpa masalah atau ujian adakah akan simpan sorang2 atau luahkan pada yang boleh dipercayai???



 (kredit pic to GOOGLE)


Bagi saya, seringkali jika diberi ujian ini hanya pada Allah s.w.t tempat saya mengadu segala hal. Sebab hanya DIA yang lebih mengetahui dan  memahami hambaNya....

2 comments:

  1. yup agree....semua masalah dari Allah dan kepada Pencipta juga kita mengadu..

    ReplyDelete
  2. @ faisal : yer kan..hanya kepada Allah s.w.t tempat kita mengadu...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke