Monday, January 24, 2011

Banjir di mata emak



Semalam malam masa ai tengah selak2 halaman kecik Mingguan Malaysia, tangan singgah sekejap kat ruangan Sastera dan terpandanglah satu tajuk nie ‘Banjir di Mata Emak’.


“Mulianya hati emak. Sanggup berbohong pada masyarakat. Emak menjulang nama saya, nama anak yang tak bertanggungjawab ini. Saya tak pernah hantar makanan, apatah lagi buah, barang dapur, tak pernah pun. Saya tak bagi”


Itulah antara bait2 kata dialog dalam cerpen ini. Ya ini hanyalah sebuah cerpen tapi bagi ai, karya penulis Che Soo Ismail benar2 meresap ke dalam jiwa.


Cerpen ini mengangkat tema mengenai seorang ibu yang tinggal bersendirian di kampung dalam keaadan banjir teruk tapi tidak mahu berpindah kerana masalah sakit tuanya. Mempunyai sepasang anak; lelaki yang sulung yang sentiasa tunduk pada isteri dan si bongsu yang takutkan suami. Akhirnya dia meninggal dunia akibat tergelincir jatuh.


DAN tentu tak mustahil kalau dikatakan dalam zaman sekarang nie apa yang diceritakan dalam cerpen nie benar2 terjadi dalam kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Bukan sedikit kisah anak buang ayah ibu yang terpapar dalam akhbar2 seluruh Malaysia.


Tapi???


Masalah ini terus- terusan berlaku juga. Kenapa yer? Sedangkan anak2 ini kebanyakannya orang terpelajar. Mampu membezakan hukum yang wajib dan sunat.


Benarlah kata pepatah, ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Mungkinkah ini petanda dunia semakin tua? Adakah kita semakin menghampiri akhir zaman?



2 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke