Monday, December 24, 2012

"Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan"

Eyza dapat jemputan dari ECAH untuk join segmen pertama yang dia dianjurkan. Eyza pernah join segmen macam nie dulu tahun 2010 dan kalau ada yang nak baca sila ke SINI. Segmen ECAH bertajuk "Segmen: Memori 2012 Terpahat di Ingatan" dibuat sebab ECAH kata dia teringin nak tahu apa kenangan pahit manis blogger untuk sepanjang tahun 2012. Tambahan pulak 2012 hampir melabuhkan tirainya lagi beberapa hari saja lagi. Yiehaaaa tak sabar nak tunggu 2013 menjelma memunculkan diri haha...


~ nak join segmen ni klik SINI ~

Untuk tahun 2012 nie bila eyza selak-selak balik diari rasanya ada 3 kenangan yang boleh dikatakan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup eyza.


Kenangan Pertama :


Kenangan yang paling takkan luput dalam memori eyza sehingga ke akhir hayat bila eyza berpeluang menjadi tetamu Allah dan menjejakkan lagi kaki buat kali ketiga di Tanah Haram MAKKAH dan MADINAH (24/05/2012 - 05/06/2012)



Pemergian kali ini hanya disertai oleh abah, emak, eyza dan mak cik sahaja. Sungguh tak terbayang dengan kata-kata bila diberi peluang lagi oleh Allah s.w.t untuk eyza beribadat di rumahNya. 



Walaupun ini kunjungan yang ketiga tapi sedikit pun tak terdetik di hati eyza rasa jemu dan bosan sebab Eyza paling suka tengok Kaabah setiap kali selepas solat. Teruja nak tengok Kaabah secara langsung tau! Rasa sayu dan nak menangis jer bila berdiri betul-betul depan Kaabah. Masa tu semua dah tak ada nak coverline sebab otomatik bergenang air mata. Baik lelaki atau perempuan semuanya pasti akan menangis bila berdoa depan Kaabah. Alhamdulillah walaupun cuaca tepat 12 tengahari, tapi eyza tak rasa panas terik sebab lantai Kaabah tu sentiasa sejuk sahaja. Syukur padaMu Ya Allah sebab telah mengabulkan doa dari hambaMu ini. InsyaAllah kalau ada rezki eyza teringin nak pergi Haji dengan mak ayah dan dia. Mudah-mudahan tercapai hajat eyza nan satu ni!




Kenangan Kedua :


Dan ini kenangan terhebat di tahun 2012 bila tanggal 10 November 2012 (101112) eyza telah bertukar status. Syukur padaMu Ya Allah kerna Engkau melancarkan majlis pada hari tue. Walaupun diiringi hujan yang sangat lebat tapi tengok keceriaan pada wajah mak ayah, eyza rasa seronok sangat. Walaupun majlis ni simple (bak kata anak sedara eyza kerna dia tak dak kerja nak ditolong sebab semua habis diagihkan pada saudara mara), tapi ia tetap menjadi satu majlis yang bermakna buat Eyza. Segala rasa gementar dan cuak terus hilang bila kata sepakat telah dicapai. InsyaAllah mohon sama-sama doakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Terima kasih Ya Allah untuk kurniaan ini!




~ mohon restu dari mak Eyza ~

~ salam tangan bakal mertua hihi... ~

Kenangan Ketiga :

Kenangan yang terakhir ini adalah sangat bermakna dalam hidup Eyza bila mana tanggal 12 Disember 2012 (121212), seorang doktor pakar mengesahkan eyza sihat walafiat dan bebas dari sebarang gejala tak sihat. Ayat dia yang membuatkan eyza boleh tarik nafas lega iaitu "saya senang hati hari ini dengan perkembangan kesihatan awak. Buat ECG, ambil 4 jenis darah, ECHO dan ujian paru-paru semuanya menunjukkan OK." Syukur alhamdulillah sangat-sangat bila penantian eyza selama 6 bulan berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. 


Okey la eyza stop kat sini dulu. Sat lagi kalau banyak menulis, pasti bosan nak baca hihi... Jom semua kita saport segmen pertama ECAH nie. Boleh share-share kenangan terindah semua.





p/s : moga-moga tahun 2013 lebih membawa kebahagiaan dan kegembiran buat Eyza sekeluarga.












8 comments:

  1. salam.. Ya Allah bestnya dapat pergi makkah.. insyaAllah suatu hari nanti ecah pon akan ke sana.. tahniah juga kak sebab dah bertukar status.. smoga berbahagia selalu..
    anyway, tq sudi join segmen ni ye..

    jom terjah memori 2012 kawan-kawan lain pula ya.. http://pon2ecah.blogspot.com/2012/12/senarai-peserta-segmen-memori-2012.html

    ReplyDelete
  2. eyza...
    ketiga2 moment yg memang amat penting dlm hidup eyza.....
    tahniah dari remy........
    dar makkah ke pertunangan..... dan juga kesihatan yg baik2.....
    semoga semuanya berjaya nanti....amin

    ReplyDelete
  3. @ecah wkslm... ur welcome ecah... dan terima kasih utk doa itu. amin.

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza yup betul tu remy.. ketiga2 momen tu mmg amat bermakna dalam diari hidup eyza utk tahun 2012... syukur semuanya yg baik2 saja.

    ReplyDelete
  5. memang serba indah momen 2012 itu. moga 2013 nanti akan menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan sselamanya..
    tahniah kerana dah 3 kali ke bumi indah itu.. akakni dah berusiapun tk meras lagi...

    ReplyDelete
  6. @Cho Zila insyaAllah kak...mudah2an 2013 lebih bererti dalam hidup eyza sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. wah alhamdulillah sudah samapai di sana..kina nie bila lah mau menyusul..insyaallah suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  8. @kinara kinatara insyaAllah pasti ada rezki kina suatu hari nanti. banyakkan berdoa yea.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke