Sunday, December 16, 2012

121212 - Kisah Di Klinik Sahaja

Tarikh 12.12.12 selalunya orang guna untuk buat benda-benda kenangan seumur hidup kan? Tapi tarikh tu eyza gunakan pagi dan petang ke klinik saja hihi...


Pagi tu memang eyza ada appointment dengan doktor pakar tue. Syukur alhamdulillah setelah melalui 3 sesi dengan dia, nampaknya dia memang berpuas hati dengan tahap kesihatan eyza. Kata-kata last dia sebelum kami akhiri perjumpaan itu, "saya senang hati hari ini dengan perkembangan kesihatan awak. Buat ECG, ambil 4 jenis darah, ECHO dan ujian paru-paru semuanya menunjukkan OK." Makanya eyza keluar dari bilik dia dengan perasaan gembira sebab dalam tempoh 6 bulan tue eyza berada dalam keadaan kerisauan yang sangat-sangat hehe...


Petang tu eyza ke klinik yang sama lagi sebab nak buat ujian HIV pulak. Dekat sini, ujian tu hanya dijalankan pada waktu petang sahaja iaitu dari pukul 2-4 petang. Prosedur dia agak mudah cuma yang tak best layanan orang kaunter yang agak tak berapa nak mesra pelanggan. Nasib baik masa nak ambik darah kat tingkat atas tue, kedua-dua pegawai kesihatan sangat2 ramah dan berbudi bahasa. Terus hilang rasa takut nak kena cucuk tue hihi...




~ cilok dari SINI ~


Dan sekali lagi alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa sebab hasil ujian itu pun OK.


~ cilok dari SINI ~


Baru eyza tahu yea rupa-rupanya ujian HIV nie walaupun kita kakitangan kerajaan tetap kena bayar duit. Nasib baik hanya rm1 jea hihi....



4 comments:

  1. @hnahdy masa giliran saya tu dalam kul 3 pm baru 4 org jea hihi..

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH.....
    dah semua ok..... semoga terus sihat seperti selalu......

    ReplyDelete
  3. @Remy hazza insyaAllah mudah-mudahan kekal sihat sentiasa.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke