Wednesday, September 12, 2012

Diserbu Peminat Errr...

Kejadian nie berlaku masa eyza sekeluarga pergi bercuti di Pulau Pinang baru nie. Lokasinya di Medan Selera Padang Kota Lama berdepan dengan pantai Batu Feringgi.




Motip letak gambar nie bukan nak tunjuk tempat makan hehe tapi cuba perhatikan benda yang eyza bulatkan di belakang tue.


Itulah yang berlaku kepada kami sekeluarga lepas duduk di kerusi tempat makan tue. Dekat 10 orang datang menyerbu menanyakan apa nak makan dan minum. Setiap seorang mewakili 1 gerai di mana setiap orang menyediakan menu berlainan. Hajat di hati di hati nak makan terus terbantut bila diserbu seramai itu di sekeliling meja sampai akhirnya kami semua minum sahaja.


Lepas nie kalau pi Penang, rasanya tak akan singgah situ sebab selain takut diserbu harga makanan dan minuman agak mahal + tempat kotor + didatangi peminta sedekah yang agak banyak (macam ada ejen pulak sebab lepas seorang datang, kemudian datang lagi berturutan).


Dan satu lagi masa order air suam dia tulis jer dalam buku order tapi bila siap dia bawak air mineral yang dicaj dengan harga sebotol kecik rm2.00. Bila tanya dia air suam mana, dia kata kat sini tak ada jual air suam....Grrrr




p/s : rasa macam nak marah dengan seseorang yang suka menyusahkan semua orang. Kerna dia, semua jadi mangsa!!!

4 comments:

  1. nak kena hati2 nie.....
    kalau dah mcm tu..... nak mkn pun tak selera......

    ReplyDelete
  2. xsuke tol gerai2 camtu..
    buat pening kepale je..
    sampai xtau nak plih ape..

    ReplyDelete
  3. @Remy hazza yup memang kena hati2 nie remy.. sangat tak berselera nak makan kalau jadi camtu.

    ReplyDelete
  4. @NIA SI DRUMSTICK itulah rasa tak ada privasi pulak bila kena serbu macam tue huhu...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke