Showing posts with label JALAN JALAN. Show all posts
Showing posts with label JALAN JALAN. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Rindu Nak Hapdet ~ Cuti-cuti Malaysia

Sebenarnya eyza sangat-sangat merindui nak hapdet blog tapi rasa macam banyak benda nak buat sampai blog pun terabai dah...Janji nak blogwalking ke blog kawan-kawan pun masih hanya janji tinggal janji...Ampun yea kawan-kawan. Agaknya mesti ada yang sudah lupa pada Eyza hihi...Tengok la tajuk blog dah berubah tapi header masih yang lama...segan sungguh aihh nak edit balik benda-benda alah tu haha...


Okey kali ni eyza nak bercerita pasal percutian eyza yang lepas.. Ala masa cuti wesak baru-baru ni...Sebenarnya plan dah lama, dok rancang macam-macam tempat nak pergi dan akhirnya sekali lagi Penang menjadi destinasi kami untuk bercuti. Ini pun plan last minit pagi Sabtu, hari yang nak bertolak tu. Beg baju bawa siap-siap walaupun hotel tak tempah lagi. Sebab dok pikiaq dari Alor Setar ke Penang tak jauh mana, jadi tawakal jea la...Kalau hotel penuh, balik hari saja lah.


Destinasi kami ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar cuma masa nak keluar dekat susur keluar Georgetown nak naik jambatan, berlaku kemalangan antara lori dan sebuah MPV. Memang terganggu sedikit trafik yang sebelumnya lancar bertukar menjadi sesak sebab kenderaan semua pakat nak menyelit masuk lorong. Yea la masing-masing tak sabar nak sampai ke destinasi yang dituju.


Perjalanan kami menghala ke Batu Feringghi dan sesi mencari hotel pun bermula. Call hotel semua penuh dan akhirnya ada rezki kami terjumpa sebuah resort yang baru dibuka. THE LOST PARADISE RESORT, itu nama resort yang menjadi tempat penginapan kami. Terus eyza call tuan punya resort dan dimaklumkan tinggal 1 lagi villa dan lebih kurang 3 bilik saja yang kosong. Jadi dia bawak kami tinjau villa dan bilik-bilik yang ada untuk tengok mana satu kami berkenan. Dan eyza dan suami memang sudah jatuh chenta pada villa yang ditunjukkan itu. Selain ruang dalaman yang luas, (terbahagi kepada 3 ruang; ruang tamu, ruang bilik dan ruang santai) villa tu betul-betul menghadap pantai Batu Feringghi dan juga terdapat sebuah kolam renang yang sangat sesuai untuk berdating berdua di bahagian belakang villa. 





Tapi agak kesayangan sikit la di saat eyza nak merakamkam suasana dalam villa tu, tak eyza sedari rupa-rupanya eyza bawa kamera yang sudah kehabisan bateri dan tambah menyedihkan bila eyza tak bawa pulak pengecasnya huhuhu. Sedih yang amat waktu tu. Inilah bahananya bila buat perancangan di saat akhir. Benda penting camtu pun boleh tak ingat. Jadi eyza hanya boleh berkongsi dengan semua gambar-gambar yang diambil dari fB RESORT tu saja. 


~ nampak eyza sedikit berisi sebab pic tangkap jarak dekat ~


Kepada yang bercadang nak bercuti di Penang, cubalah rasai pengalaman anda menginap di resort ini yang dimiliki oleh Dr. Chew dan isterinya. Pasti anda berpuas hati dengan layanan dari mereka berdua sepanjang anda berada di resort mereka. Sebabnya kami berdua sendiri sangat berpuas hati dengan layanan oleh Dr. Chew dan isteri yang sangat peramah melayan pengunjung dan tanpa disangka pasangan ini telah email pada eyza untuk mengucapkan terima kasih kerna sudi memilih resort mereka untuk menginap. 


THE LOST PARADISE RESORT
262 JALAN BATU FERRINGHI
PULAU PINANG
TEL : 019-4707218


Wednesday, September 12, 2012

Diserbu Peminat Errr...

Kejadian nie berlaku masa eyza sekeluarga pergi bercuti di Pulau Pinang baru nie. Lokasinya di Medan Selera Padang Kota Lama berdepan dengan pantai Batu Feringgi.




Motip letak gambar nie bukan nak tunjuk tempat makan hehe tapi cuba perhatikan benda yang eyza bulatkan di belakang tue.


Itulah yang berlaku kepada kami sekeluarga lepas duduk di kerusi tempat makan tue. Dekat 10 orang datang menyerbu menanyakan apa nak makan dan minum. Setiap seorang mewakili 1 gerai di mana setiap orang menyediakan menu berlainan. Hajat di hati di hati nak makan terus terbantut bila diserbu seramai itu di sekeliling meja sampai akhirnya kami semua minum sahaja.


Lepas nie kalau pi Penang, rasanya tak akan singgah situ sebab selain takut diserbu harga makanan dan minuman agak mahal + tempat kotor + didatangi peminta sedekah yang agak banyak (macam ada ejen pulak sebab lepas seorang datang, kemudian datang lagi berturutan).


Dan satu lagi masa order air suam dia tulis jer dalam buku order tapi bila siap dia bawak air mineral yang dicaj dengan harga sebotol kecik rm2.00. Bila tanya dia air suam mana, dia kata kat sini tak ada jual air suam....Grrrr




p/s : rasa macam nak marah dengan seseorang yang suka menyusahkan semua orang. Kerna dia, semua jadi mangsa!!!

Friday, August 31, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55

Salam merdeka ke 55 tahun buat semua rakyat MALAYSIA.


~ tak pasti ini ker logo sebenar tahun ni hihi ~



Teringat masa pergi BTN 3 tahun yang lepas, fasilitator tue buat tayangan filem merdeka iaitu 1957 : HATI MALAYA. Eyza tak pernah lagi tengok filem nie sebab biasalah filem-filem sejarah nie kurang minat sikit. Tapi bila semakin lama tayangan, rasa semangat merdeka tue meresap ke dalam diri secara automatik. Rasa sedih dan sayu jer bila tengok betapa susahnya pejuang-pejuang dulu buat macam-macam cara nak capai kemerdekaan untuk MALAYSIA. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan di bumi bertuah nie seharusnya bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang. 55 tahun merdeka bukan senang nak dikekalkan jika tanpa semangat perpaduan dan jatidiri dari setiap rakyat Malaysia.





Hari Merdeka semua orang bercuti tapi tahun nie eyza sekeluarga buat majlis rumah terbuka. Tapi tak adalah buat besar mana pun cuma jemput saudara-mara dan jiran terdekat aja. Makanya pagi-pagi lagi dah bergerak ke pasar cari barang dan mula bertungkus lumus memasak sebab pukul 11.30pagi dijangka orang akan datang baca tahlil dan doa selamat.






p/s : esok pergi jalan-jalan ke rumah salah seorang orang kuat sebuah parti hihi..pastu zoom ronda kawasan sekitar... (^_^)

Saturday, October 22, 2011

Hotel Hallmark Melaka

Salam u olsss...


Masa we olsss ke Melaka, di sinilah tempat penginapan semua.



 
Hallmark Hotel ialah sebuah hotel 2 bintang yang menyediakan 78 bilik tetamu yang selesa, termasuk bilik standard, deluxe dan 'suite' keluarga, bilik mandi sendiri, penghawa dingin, LCD TV warna dengan Astro dan kemudahan IDD.


sampai2 kena daftar dulu yer


inilah bilik yang we olsss dapat - no 308


perkara pertama buat lepas masuk bilik - on LCD TV



bilik nie menyediakan satu katil queen dan satu katil single



inilah ahli rombongan che kiah hehe bergambar ramai2 sebelum bertolak balik


Hotel Hallmark ni terletak di tengah-tengah tapak bersejarah kota Melaka dan kedai-kedai barangan antik. Antara destinasi yang terdekat dengan hotel nie ialah Chinatown, The Stadhuys, A'Famosa,dan Jonker Street.


Kalau nak ke Melaka lagi insyaAllah akan mencari hotel nie lagi sebab kedudukannya yang strategik dan selesa.


Hallmark Hotel (Melaka)
Address: 68, Jalan Portugis Off Jalan Kubu Melaka 75200 Malaysia
Telephone: +606-281-2888
Fax: +606-281-3409

Friday, October 21, 2011

Asam Pedas Daging | Pertama Kali Makan

Salam u olsss...


U olsss pernah makan tak asam pedas daging


Ai baru pertama kali merasanya sebab selalunya dok makan dan dok dengar orang sebut adalah asam pedas ikan; tak kisahla ikan parang ker, ikan kembung ker atau ikan pari. Yang utama ai hanya tahu asam pedas ikan sahaja.



(inilah rupa ASAM PEDAS DAGING)


Tapi kunjungan ai ke Melaka baru2 nie menemukan ai dengan asam pedas daging. Itu pun ai tahu daging boleh buat asam pedas lepas penjual tue tanya nak makan asam pedas ikan atau daging. Jadi mak dan ayah ayah try makan yang tue. Ai seperti biasa jer masih setia dengan asam pedas ikan kembung. Tapi ada la jugak ambik sikit asam pedas my mum tue nak rasa camner asam pedas daging nie.


Kalau u olsss ke Melaka, jangan lupa singgah ke Uptown Pahlawan Walk yang menjual set makanan ini iaitu nasi putih + asam pedas ikan/daging + ikan kering + timun pada harga yang RM5.50. Memang berbaloi2 harga dan rasa makanan tue.

Thursday, October 20, 2011

Muzium Samudera, Melaka

Salam u olsss...


Destinasi seterusnya kami ialah ke Muzium Samudera. Niat hati awalnya nak naik Melaka River Cruise tapi sebab malam tue keletihan, tangguh ke pagi esoknya. Tapi nasib agak kurang baik sebab ia hanya dibuka pada pukul 10.00 pagi sedangkan we olsss kat situ pukul 9.00pagi. Puas merayu jugak dekat penjaga kaunter tue untuk benarkan we olsss naik tapi sikit pun tak dilayan. Tak perlah tak der rezeki we olsss.


Walaupun agak kiciwa tak dapat naik tapi layan jugaklah dua tiga keping gambar mengubati hati huhu... Dalam kepala inilah benda pertama yang diangan2kan setibanya ke Melaka tapi tak dapat pulak.


 (semangat berkobar2 nak menuju ke kaunter tiket)

 (banner MELAKA RIVER CRUISE yang buat ai kiciwa tak leh nak naik)


 (tengok dari jauh ajer pekerja berkenaan tengah bawa kapal tue)


Akibat tak dapat naik Melaka River Cruise, maka diubati kekecewaan tue dengan naik kapal yang tak bergerak. We olsss ke Muzium Samudera.



 
(sebelum masuk dalam kapal tue kena beli tiket dulu tau)


 
 (tak mahal pun tiket dia, hanya rm3.00 sahaja)


 
 (besar sungguh kapal tue; tapi sebelum masuk kena buang kasut dan masukkan dalam plastik beg yang disediakan)


 (panglima2 @ pahlawan Melaka yang segak bergaya)


 
 (antara barang2 yang digunakan sebagai sistem barter pada zaman dahulu kala)


 (malu2 tanak pandang kamera hehe...)


 (haaa dah peluk Abang Tuah hikhikhik...)



Puas melenguhkan kaki menjelajah seluruh kapal naik turun tangga kapal, we olsss ke Muzium Samudera bahagian kedua pulak.



 (Muzium Samudera bahagian kedua, hanya kepala kapal sahaja diletakkan)




 (kapal berkepala burung)



 (antara aktiviti kaum ibu dan bapa di kampung)





(misteri nusantara, tapak kaki berjari 4 sahaja) 

Jalan Jalan ke Melaka

Salam u olsss...


Khamis yang lepas ai dan mak ayah mengikuti satu rombongan lawatan ke Melaka. Kami bertolak lepas Isyak dan sampai di Resoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka pada pukul 5 pagi Jumaat.


Destinasi pertama tujuan we olsss pada pukul 8.00pagi ialah ke Taman Rama2. Harga tiket yang dikenakan ialah rm8.00 bagi dewasa, rm5.00 bagi kanak2 dan rm3.00 bagi kamera. Ai tak pasti harga bagi kamera tue hanya untuk sewa dari mereka atau pun sebagai kebenaran untuk membawa masuk kamera.


 (pintu masuk ke dalam Taman Rama2)


 (mungkin tugu Rama2 tapi tak berbentuk rama2 pun huhu..)


Seterusnya pada pukul 9.15 pagi, we olsss dibawa ke Muzium Lebah Sedunia yang menyediakan pelbagai jenis madu untuk dicuba rasa atau pun untuk dibeli. Dekat sini tak dikenakan apa2 bayaran masuk. Kira free of charge laa kalau nak masuk berkali2 pun.


(maskot labah yang diletakkan di pintu utama; daya tarikan untuk pengunjung bergambar)


 (almari menempatkan pelbagai jenis madu lebah)


 (siap ada busut labah lagi tapi diletakkan dalam cermin kaca)



Lepas tue, pada pukul 10.00pagi we olsss dibawa ke Zoo Melaka. Kadar bayaran yang ai ingat ialah rm7.00 bagi dewasa. Untuk kanak2 tak pasti berapa pulak tapi harga agak tinggi sikit daripada kanak2 yang datang berpakaian sekolah.

  
Kalau u olsss tak larat nak berjalan, dalam Zoo Melaka ini ada disediakan perkhidmatan kereta api. Tapi kalau nak kepuasan melihat lama2 secara dekat dengan binatang nie, baik u olssss berjalan kaki sahaja.

 (Papan tanda kadar bayaran untuk masuk ke Zoo Melaka)



Hampir 1 jam we olsss ke Melaka, we olsss di bawa ke Pasaraya Mydin yang ada macam2 dijual. Tak habis pun ronda Pasaraya Mydin sebab masa agak terhad untuk makan dan solat.


Masa ronda kat ruang legar yang tempatkan kiosk2 makanan terjumpa satu kiosk jual kuih muih tradisional. Terpaut hati tengok dodol yang dibungkus dalam mangkuk2 kecik, ai ambik dua bungkus sebagai cenderahati untuk orang2 kampung.


 (cute tengok cara dodol tue dipek buat tertarik hati nak beli; rasa rugi pulak beli sikit sebab rasanya sedap)



Sebelum masuk dalam Pasaraya Mydin tue, sempat terjah Restoran Asam Pedas Ani. Secara keseluruhan berpuas hatilah dengan restoran yang dicadangkan jiran ai. Harga pun agak berpatutan. 1 set makanan (nasi putih, asam pedas ikan kembung/pari/senangin, telur dadar dan sayur) hanya rm5.50 sahaja. Ai minta asam pedas ikan kembung, fuhhh sekali ikan kembung besarrrr punya dia kasi. Memang tak habis makanlah.

(kusyuk nak makan sampai lupa nak snap gambar makanan hehe...)



Habis ke Pasaraya Mydin, we olsss dibawa ke Perigi Hang Tuah. Ingat tak nak turun dah sebab cuaca agak panas tapi dah alang2 sampai, rugi pulak tak tengok tinggalan Hang Tuah. Tujuan utama nak turun ke situ pun sebab nak beli tshirt yang dipesan. Buat u olsss, kalau nak beli Tshirt murah2 beli kat Perigi Hang Tuah. Ai beli 2 tshirt tangan pendek dan satu tshirt muslimah, hanya rm50 sahaja. Dan yang best dengan akak tue, siap bagi pakej free gift lagi. Hakhakhak tau tak akak tue hadiah apa? BELACAN! Hihi apa2pun terima kasih la kak untuk hadiah tue.




 (ada orang sedang mengambil air dari perigi, katanya sebagai ubat hurmmm...)




Destinasi we olsss seterusnya ke tempat pengipan. Untuk berehat dan mandi sebelum keluar semula selepas Asar. Nanti ai sambung cerita destinasi seterusnya yea.




 p/s : dah lama tak join rombongan buat teringat zaman sekolah dulu.

Wednesday, October 19, 2011

Pantun dari Orang Melaka

Salam u olsss...






Orang Melaka memang suka berpantun ekkk? Sebab hampir separuh board iklan di sana diletakkan pantun 4 kerat. Mungkin sebab Melaka tinggalan sejarah Melayu dan tempat Hang Tuah, maka diabadikan pantun dalam setiap board iklan.


Gamabr di atas tue ai ambil kat tepi jalan masa turun dari bas nak masuk ke kawasan Zoo Melaka. Dari pantun di atas tue sudah menggambarkan rakyat Melaka yang berbudi bahasa menerima kedatangan pengunjung luar. Siyes u olsss, orang Melaka memang sangat2 peramah tanpa mengira bangsa.





p/s : mengenang cinta hati yang dolu orang Melaka hurmmm...

Monday, September 26, 2011

Jalan-jalan ke Penang

Salam u olsss....

Sempena cuti hari Malaysia baru2 nie we olsss sefamily ambik kesempatan berkunjung ke rumah sedara ai di Penang. Sambil menjengah rumah dia sempena raya, trosss langsung ke seberang pulau. Sebab nak relaks masa memandu maka we olsss guna feri jer untuk menyeberangi seberang lautan.


Turun jer dari kereta trosss cari port sesuai nak bergambar hehe tapi sebab masa tue keadaan hujan gerimis maka tak dapatlah tengok pemandangan secara jelas.



Bergambarlah dari sudut mana pun gambar ai dengan mak berlatarbelakangkan pulau tetap kurang jelas.



 
We olsss pergi 3 bijik kereta dan ini antara sebahagian saja. Yang baju merah belakang tue la pak cik ai yang we olsss pergi rumah dia.



Masa nie dalam pukul 1 petang memang banyak kenderaan nak menyeberangi lautan. Penuh jer dalam feri tue.


Ini lokasi tujuan we olsss. Hanya window shopping jerrr sebab harga barang2 dia sikit punya mahal.



Bulatan kecil antara Queensbay Mall dan persisiran tepi pantai.



Cantik pemandangan di sekitar bulatan tue. Nie amik gambar sambil lalu dalam kereta sebab tue perkataan QUEENSBAY tak dapat sepenuhnya.


On the way balik malam pun we olsss guna feri jugak. Even dah letih tapi tetap jugak nak bergambar hehe..

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke