Tuesday, June 12, 2012

Catatan Perjalanan UMRAH - Bahagian 1

Sepanjang ai bercuti 2 minggu tue ada yang tahu ke mana ai pergi dan ada yang bertanya ke mana menghilangnya ai selama 2 minggu huhu...


Sebenarnya ai bersama ayah, emak dan mak cik baru jer balik dari menunaikan umrah


kami semua sedang menunggu di balai pelepasan LCCT, Sepang


Kami bertolak pada pagi 24hb Mei (KHAMIS) pukul 9 pagi dengan menggunakan pesawat Airasia Airbus. Sebelum nie rancang nak buat umrah sambil melancong di Pakistan tapi disebabkan masalah dengan pihak penerbangan Pakistan Airlines (PIA) maka penerbangan kami terus ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. 


suasana di sepanjang perjalanan dari balai pelepasan menuju ke kapal terbang


Pertama kali menggunakan pesawat Airasia dan hasilnya sangat-sangat mengecewakan bagi penerbangan selama 9 jam setengah. Nanti ai ceritakan di entri lain yer berkenaan ini.


Suasana dalam kapal terbang


Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan yang panjang (agak letih sebab tak boleh tidur sepanjang dalam kapal terbang), akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 12.50 tengahhari (5.50 petang waktu Malaysia)


Sementara menunggu kaunter imigresen dibuka dan beg-beg dibawa turun, kami menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak sebab nanti perjalanan ke Mekah memakan masa yang panjang. Oh ye, kalau sebelum nie kami masuk Madinah dulu tapi disebabkan pada musim cuti sekolah terlalu ramai yang pergi umrah dan hotel di sana penuh, maka kami kena masuk Mekah dulu sebab tue kalau u olsss tengok dalam gambar di atas, kami dikehendaki memakai ihram siap-siap dari Malaysia dan berniat miqat di atas kapal terbang.


Setelah selesai segala urusan di airport tue, maka pada pukul 3.30 petang (8.30 malam waktu Malaysia) kami bertolak menuju ke Mekah al-Mukarramah (terbayang-bayang Kaabah di depan mata). Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah ni diisi dengan taklimat oleh mutawif kami, Ustaz Saufi dan sesi bertalbiah untuk menyemarakkan semangat semua ahli rombongan menunaikan umrah. 


mak dan abah selepas selesai menunaikan tawaf



bila buat tahalul (menggunting sedikit rambut) nie menandakan pengakhiran ibadah umrah seseorang



Dan kami semua dibawa menunaikan umrah selepas solat Isyak iaitu pada pukul 10.00 malam (3.00 pagi waktu Malaysia) dan akhirnya ketika jarum jam menunjukkan ke angka 12.00 tengah malam (5.00 pagi waktu Malaysia), maka kami berjaya menunaikan umrah yang pertama. Alhamdulillah syukur sangat-sangat perjalanan umrah kami semua berjalan lancar dengan bantuan Allah s.w.t.





p/s : bersyukur dapat jemputan lagi dari DIA untuk mengunjungi rumahNya dan melihat kiblat umat Islam seluruh dunia.

10 comments:

  1. salam,
    Ohhh!..gi mekah buat umrah rupanya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dpt g umrah...ida x dapat pegi taun neh...hope dpt wat umrah taun akn dtg ^_^

    ReplyDelete
  3. remy dah agak haritu.......
    semoga tenang menjalan ibadat disana... dan mendapat seribu kerahmatan......

    ReplyDelete
  4. untung la dia dapat ziarah tanah suci, kita2 yg lain ni tatau la bila ada peluang..

    ReplyDelete
  5. @iEdA ala kenapa ida tak dapat pegi? tidak leh pegi sekali hehe...insyaAllah harap2 ada rezki ida taun depan plak.

    ReplyDelete
  6. @Remy hazza ala remy dah boleh agak ker hihi...alhamdulillah sangat2 tenang sepanjang berada di sana.

    ReplyDelete
  7. @afzalsukasuki yup sangat2 beruntung dan bertambah beruntung bila pegi disponsor hihi...

    ReplyDelete
  8. Tengah kumpul duit lom cukup lg. Bab flight tu kena tanya abang Remy camana nak bagi selesa hehe

    ReplyDelete
  9. @EmpayarUtama tak per kumpul pelan-pelan insyaAllah ada rezki nanti dapatlah ke sana...

    hihi kena pi soal abg remy ler camnie hihi...tapi abg remy tahu pasal makanan dalam flight jer huhu

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke