Tuesday, September 27, 2011

Al fatihah buat Nur Shafiqa Ismail

Salam u olsss...


Pagi tadi on the way nak pergi kerja ai terdengar dalam radio kisah budak yang hilang dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang kelapa sawit. Budak nie sebaya umur dengan anak buah ai.


KUALA KANGSAR: Kanak-kanak berusia 11 tahun, Nur Shafiqa Ismail, yang dilaporkan hilang pada 16 September lalu, dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, Kuala Kangsar, di sini, pagi tadi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.30 pagi oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit itu yang kemudian memaklumkan kepada majikannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad, berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan jerutan di leher.

“Ibu mangsa mengesahkan mayat itu ialah Nur Syafiqa ketika membuat pengecaman di tempat penemuan mayat itu di ladang berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat Nur Syafiqa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Pemilik ladang kelapa sawit berkenaan yang enggan identitinya disiarkan berkata, mayat itu ditemui seorang pekerjanya ketika mahu membersihkan ladang.

Ketika ditemui, katanya, mayat berkenaan berada di bawah tebing tanah berbukit di ladang itu dengan ditimbus daun kelapa sawit kering.

“Pekerja itu memberitahu perkara terbabit kepada saya sebelum kami melaporkan kepada polis,” katanya.
Nur Shafiqa yang tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar sejak awal Januari lalu selepas ibu bapanya berpisah.

(sumber dari : HARIAN METRO)


Sekarang nie budak2 pun dah tak selamat berada di mana2 sahaja. Sanggupnya si pembunuh itu membunuh kanak2 yang baru 11 tahun menjengah dunia. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. Al fatihah buat adik Nur Shafiqa Ismail.




2 comments:

  1. dasatnye kan.kat tmpat caer plak tu...adoi

    ReplyDelete
  2. @ mohd sasuke : itulah caer...budak2 pun leh jadi mangsa bunuh..jg ank2 buah caer jgn biar sensorang jalan tau.. ;)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke