Wednesday, April 13, 2011

Kahwin? Nak Lahhh...

Ai buat entri nie gara2 terpengaruh dengan entri kawan ai erin tue yang bertajuk Siapa Cakap Tak Mahu Kahwin??

Tapi bukan ai terpengaruh dah nak kahwin macam dalam entri Penangan Orang Nak Kahwin tue tau... ;)

Cuma ai terpanggil nak berkongsi karenah manusia pasal isu kahwin nie...




Setiap manusia baik lelaki mahu pun perempuan pasti berkeinginan melayari hidup berumah tangga sebab itu satu perkara yang normal dalam kitaran hidup seseorang insan bergelar manusia. Macam ayat kat bawah nie yang ai amik dari iluvislam.com...




Cuma apa yang ai tak faham tue dengan sifat dan karenah manusia di sekeliling. Bagi yang dah pernah mengalaminya pasti tahu kan soalan2 popular yang keluar jika bertembung.

'Bila nak kahwin?', 'Memilih sangat kut?', 'Menunggu putera/puteri kayangan ker?'

Itu kira soalan feveret lah yang selalu akan disoal.

Ada orang yang bernasib baik, jodoh dia sampai awal dan ada juga yang jodoh dia tiba ketika di usia tua. Jadi kita sebagai umat Islam hendaklah percaya kepada Qada dan Qadar yang ditentukan Allah s.w.t.

Lepas tue bila dah kahwin, akan keluar lah pulak persoalan 'bila nak dapat anak?', 'masih dalam mood honeymoon ker?' ...

Kadang2 kesian tengok orang2 macam nie kena soal. Yer lah sapa tak mahu hidup sempurna, ada keluarga ada anak2 tapi semuanya di tangan Allah s.w.t...Ada sebab tertentu kenapa Dia menetapkan apa kita alami sebegitu.


Bagi ai, sekarang nie senang ajer pegang satu prinsip ajerr... Jodoh pertemuan, ajal maut semua terletak di tangan Allah sebab kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya


Yang penting angkat tangan dengan penuh rendah diri berdoalah pada Allah s.w.t semoga apa yang dihajati tercapai. 





4 comments:

  1. Blogger THE LEKAT LEKIT STORY said...

    sy pun pernah melalui zaman2 di tanya mcm tu.. tiap kali balik kampung jer mesti ada sorang makcik ni tanya.. pastu dok bangga2 anak dia semua ringan jodoh.. kdg2 malas nak layan just cakap muka tak cantik takde orang nak. anak mak*** lain la lawa2 ramai org berkenan sbb tu ringan jodoh. skang dah kawen & ngandung so takde sapa boleh tanya semua soalan tersebut... dah siap pakej. paling2 org tanya due date bersalin jer... kekekekeke

    ReplyDelete
  2. @ THE LEKAT LEKIT STORY : yer lah kan sapa yang tanak kahwin kan tapi dah jodoh tak sampai lagi mana boleh paksa2 kan...

    rajin jugak awak balas apa dia cakap..saya nie kalau di tempat awak mmg diam jerrr pastu blah dari tempat tue.. ;)

    ReplyDelete
  3. tu lah org selalu nak ambik tahu hal org..nak wat mana kan..?? Kalau ada yang nampak ok tu masuk meminang sure i terima..yg ok p kt org laen..tinggai yg cam apa ntah dok mai..dah tak keja apa lak tu, kelulusan pun tak de..huh..kena piki gak masa depan..

    ReplyDelete
  4. @ erin : betul erin..org sekelilng lebih menyibuk dari family sendiri kan..bukan jodoh kita lagi erin..insyaAllah sama2 kita berdoa

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke