Sunday, December 19, 2010

10 palinnnn HOTTT!!!

ragam artis artis 'terhebat' di Malaysia.....hot dengan isu2 kontroversi saja semua nie...xder pun pasal kerjaya yang meletup kaa, dapat tawaran ke dunia seni Hollywood kaa...dasat semua artis Malaysia nie kan kan kan...jum selak ke bawah apa citer nyerrr.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pix_gal0



Terhangat 1:

JUARA Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad berada dalam senarai artis paling sensasi 2010 kerana kontroversi yang dilaluinya bagaikan bertali arus.

Terhangat 2:

SELEPAS berteka-teki apabila dilihat bertandang ke mahkamah pada 24 Jun lalu, Maya Karin dan Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali mengesahkan mereka berpisah pada 16 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Terhangat 3:

SEMBILAN tahun bergelar isteri kepada Adzmin Tan Sri Osman, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku melepaskan gelaran itu apabila mereka bercerai talak satu pada 28 September lalu.


Terhangat 4

SETIAP kali muncul dengan buah tangan terbaru untuk peminat hiburan tanah air, ada saja yang menimbulkan bualan khalayak. Awal tahun orang mula rancak bercerita mengenai filem terbarunya yang menggunakan judul yang agak kontroversi iaitu Anu Dalam Botol yang berkisar mengenai kehidupan insan dua alam.

Tetapi akhirnya Raja Azmi Raja Sulaiman menukar judul filem itu kepada ...Dalam Botol saja atas nasihat Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF). Bagaimanapun, apa saja kontroversi yang melingkari hidupnya tidak dapat menandingi kisah hitam yang berlaku Ogos lalu.

Terhangat 5:

KERETAKAN rumah tangga yang dibina Rita Rudaini Mokhtar dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, mula dihidu pada awal Oktober lalu.

Terhangat 6:

KRISIS peribadi antara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza yang berlanjutan hampir enam tahun berakhir pada Ogos lalu apabila mereka dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas di sebuah hotel di ibu negara yang menjadi berita muka depan tiga akhbar iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Terhangat 7:

“WALAU apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama.. Mama tetap sayangkan Ben,” itu ungkapan yang ingin diucapkan kepada anak kesayangannya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Terhangat 8:

EPISOD perkahwinan yang menjadi bualan antara Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar dan aktres popular, Zizie Ezette Abd Samad kembali 'hangat’ apabila Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan selepas Bung Mokhtar mengaku bersalah atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran pada 19 Mei lalu.

Terhangat 9:

apa yang dicita-citakan Dr Rozmey tidak menjadi kenyataan. 2 Alam tidak meraih kutipan yang diharapkan, malah Dr Rozmey terpaksa akur apabila filem itu hanya membawa pulangan tidak sampai RM500,000.

Terhangat 10:

FASHA Sandha terus menjadi tumpuan media sepanjang 2010. Satu demi satu episod hangat menyerang selebriti yang sudah lunak dengan perkataan kontroversi itu.

Gadis kelahiran Johor Bahru itu memanaskan 2010 apabila dilaporkan pergi bercuti bersama kekasihnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli di Pattaya, Thailand pada akhir Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke