Tuesday, September 27, 2011

Awak cabar saya?

Salam u olsss...

Ahad yang lepas ai dapat satu panggilan telefon yang buatkan ai bengang sepanjang hari tue. Panggilan yang menunjukkan  2 kebodohan si pemanggil yang berpura2 pandai.


(Sekadar gambar hiasan - ihsan google)


Alkisahnya si pemanggil Encik Z nie minta ai sambungkan kepada seorang pensyarah A. Tapi si A nie tak angkat. Pastu Encik Z nie call semula tanya ai boleh tak dapatkan nombor henpon A.


Dengan penuh hormatnya ai cakap kat Encik Z macam nie, 'Maaf encik, kami tak dibenarkan memberi sebarang maklumat peribadi kepada orang luar.'


Lepas dia dengar ai cakap macam tue trosss dia kata kat ai dengan suara yang tinggi, 'Saya nak komplen kat bos awak sebab awak lambat angkat telefon'. ????? Sebab tak dapat nombor henfon si A, ai pulak jadi mangsa kemarahan dia.


Ai kata kat dia kalau encik nak buat komplen, silakanlah. Dia marah lagi, dia kata AWAK CABAR SAYA yea? Aisehhh ai pulak cabar dia. Tadi dia yang beria2 nak buat komplen dan bila ai suruh teruskan niat, dia kata kata ai cabar dia pulak.


Lepas tue dia tanya bos kat opis ai nie dipanggil apa. Ai cakap PENGARAH. U olsss tahu dia boleh tanya kat ai PENGARAH tue apa? (kebodohan yang pertama)


Kemudian dia tanya lagi waktu kerja u olsss pukul berapa. Ai bagi jawapan standard kat dia. 8-5...Dia persoalkan balik 8-5 tue apa? U olsss kerja 85 minit aja ker. (kebodohan yang kedua)


Last2 ai cakap kat dia, tak perlah encik saya malas nak layan encik. Trosss ai letak telefon.


Jadi semalam ai tunggu panggilan dia sebab dia kata nak repot kat bos ai tapi tak der pulak. Ermmm kalaulah semua pemanggil macam nie, boleh buat ai tensen saja!!!




p/s : sori menggunakan bahasa yang tak sedap tapi bengang sangat dengan orang macam nie.

4 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke