Sunday, August 21, 2011

Tahulah tak boleh puasa pun!!!

Salam u olsss...


Jumaat lepas ai dengan my mum mengunjungi satu pusat membeli belah yang boleh dikatakan agak terkenal di bandaraya Alor Setar nie. Niatnya ai nak carik baju raya sendiri.


Sampai kat ruang legar bawah tue tempat pameran baju2 raya, ai dengan my mum singgah satu tempat jual baju tue.


Dalam tue ada dua orang pekerja perempuan yang memakai uniform butik tempat jual pakaian. Masa tue ai dilayan seorang pekerja dan seorang lagi hanya duduk di atas kerusi.


Hairan jugak la apasal yang seorang tue tak melayan pun pengunjung yang datang. Bila ai mendekati tempat dia baru tahu apa aktiviti dia buat sampai tak bangun2.



kredit pic HERE


U olsss tahu tak dia sedang makan di situ pada pukul 11 pagi di kawasan ruang legar kedai yang dipenuhi orang ramai.


Kita yang menengok dia makan pun rasa malu dengan perbuatan dia tue. Tahulah awak tak boleh puasa pun, tapi janganlah makan di depan orang ramai. Cubalah cari surau ker atau ruang rehat yang bertutup supaya semua orang tak menyaksikan awak makan dengan bangganya.





Kalau iyer pun sedang dalam keuzuran, apa salahnya kalau makan siap2 di rumah. Tak payahlah sampai bawak bekal nak makan kat pejabat. Awak macam tak menghormati umat Islam lain yang sedang berpuasalah sedangkan non-muslim sendiri boleh tahu malu nak makan depan orang Islam. Ermm..harap2 awak tak buat lagilah hal macam tue.

2 comments:

  1. malu lah org camtu..
    kalau kat umah makn pun sorok2 tau..

    ReplyDelete
  2. @ CIK PARO! : yer lah kan...kat rumah pun kdg2 segan nak makan wpun boleh makan...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke