Tuesday, May 24, 2011

Kahwin Lewat Satu Trend Kerrr???

Pagi tadi masa tengah bersiap2 nak pergi kerja, sempat tengok ulasan akhbar yang dibuat pengacara Selamat Pagi Malaysia berkenaan topik utama kat akhbar Utusan Malaysia --> LEWAT KAHWIN SERIUS




Kat sini ai nak petik sket apa yang dibincangkan dalam akhbar Utusan tue.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi kekeluargaan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.

Dan disebabkan topik tue ada kaitan dengan ai, maka ai nak jugaklah share dengan u olsss semua pasal isu kahwin lewat. Sebelum nie pun ai ada buat entri pasai isu kahwin nie kat SINI cuma ulasan ai dibuat secara umum sahaja.

Sebenaqnya alasan macam dalam akhbar tue cakap iaitu 'tidak ada calon yang sesuai' tue pun antara salah satu sebab kenapa ramai wanita hari ini kahwin lewat. Tapi bukan bermaksud CALON YANG SESUAI tue mesti kena dari golongan orang kaya ker putera kayangan ker sebab SESUAI nie sesuatu yang subjektif untuk diberi pengertian.

Macam ai sendiri pernah terlibat dalam isu TIADA CALON SESUAI cuma orang itu dikategorikan tidak sesuai dari sudut TANGGUNGJAWAB (sebab tue sampai sekarang tak kahwin lagi hehe...)

Bila sebelum kahwin seseorang sudah melepaskan TANGGUNGJAWAB dia, u olsss agak2 selepas kahwin dia ada TANGGUNGJAWAB tak??? Sebab apa tau ai tanya macam tue? Sebab ai sendiri pernah merasai pengalaman macam tue tapi itu bukan bermakna ai dah serik nak rencana soal kahwin cuma ai kena berhati2 jer lepas nie.

Agak2 u olsss kan kalau duit hantaran dan mas kahwin, pihak perempuan kena sediakan sebab pihak lelaki bagi alasan duit dia dipinjam kawan yang nak melabur skim cepat kaya boleh ker dipercayai???

Atas alasan tuelah ai katakan si dia nie tak BERTANGGUNGJAWAB tau bukan sebab ai nie kedekut atau berkira duit tapi sebab si dia nie dah buat benda yang serupa pada perempuan lain. Niat utama dia ialah untuk mengikis duit perempuan.

Syukur alhamdulillah bila ai cepat2 tersedar akan hal ini itupun selepas ai balik dari umrah. Kiranya Allah s.w.t nak bagi petunjuk kat ai masa kat sana.

Itu salah satu pengalaman yang ai alami yang jadi penyebab kenapa sampai sekarang nie tak kahwin lagi.

Kiranya masalah kahwin lewat nie bukanlah satu trend di kalangan wanita yang bekerja sebab setiap manusia baik lelaki mahu pun perempuan pasti berkeinginan melayari hidup berumah tangga sebab itu satu perkara yang normal dalam kitaran hidup seseorang insan bergelar manusia.

Untuk mereka2 di luar sana yang masih hidup membujang, cuba fahami petikan yang ai baca dalam web iluvislam berkenaan jodoh nie.



No comments:

Post a Comment

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke