Monday, February 7, 2011

Berwuduklah supaya berkat

Selamat pagi u olsss...


Dah bersedia untuk kembali bekerja kerr?? Selamat bekerja yeaa pada sesapa yang dah mula bekerja. Ai masih bercuti lagi hari ini...Esok baru laaa permulaan untuk kerja.

Sepanjang bercuti nie tentu u olsss banyak hadiri kenduri perkahwinan kan....Haaa sebut pasal kahwin nie ai nak cerita sket laa pasal time akad nikah.

Bagi pengantin lelaki, sebelum akad nikah disunatkan la berwuduk dulu. Bukan apa untuk jadikan majlis akad nikah itu lebih berkat dan supaya selepas bernikah, si pengantin lelaki nie boleh terus menunaikan solat sunat syukur. Kiranya dah tak payah laa nak redah orang ramai yang datang tengok untuk keluar ambil air sembahyang kalau dari awal sebelum bersalam tok kadi sudah berwuduk kan.

Akad nikah dalam keadaan berwuduk pun hukumnya tetap SAH cuma yang penting 5 rukun nikah dipenuhi la iaitu:

i) Pengantin lelaki
Seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya

ii) Pengantin perempuan
Seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu

iii) Ijab kabul
Lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu

iv) Wali
Seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik

v) 2 orang saksi
Beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali


Jadi kepada pasangan yang nak mendirikan rumah tangga, pastikan lah sebelum dinikahkan ambil laa wuduk dulu supaya majlis beroleh keberkatan dari Allah s.w.t

2 comments:

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke