Thursday, August 18, 2011

Malam Seribu (1000) Bulan

Lailatul Qadar (malam Kemuliaan) adalah satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadhan. Malam al-Qadr adalah malam penetapan Allah terhadap perjalanan hidup manusia yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Qadr yang menyatakan malam tersebut lebih baik dari seribu bulan. Malam tersebut dikatakan malam yang sempit kerana banyaknya malaikat yang turun ke bumi.


kredit HERE


Waktu berlakunya Lailatul Qadar tidak diketahui secara khusus tetapi ada pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, hal ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah yang mengatakan :

Rasulullah S.A.W beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan Baginda bersabda : "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhon"


Tepatnya berlaku malam al-Qadr adalah pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atak ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadhan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh terakhir Ramadhan.

kredit HERE


Kelebihan Malam Kemuliaan :

1. Malam berkat yang diturunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baitil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat).
 2. Malam yang dituliskan "qadar" atau ketetapan bagi hidup.
3. Beramal di lailatul Qadr sama dengan amalam seribu bulan.
4. Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail a.s.).
5. Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera sehinggakan syaitan pun tidak mampu berbuat kejahatan.







p/s : ini entri perkongsian yang ai dapat dari sekeping kertas yang ada kat atas meja ai. terima kasih pada yang menghantar.

2 comments:

  1. bagus berkongsi info macam ni..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. @ kak ina kl : selamat berpuasa jugak yer kak ina...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke