Wednesday, August 24, 2011

Lebih Sejuta Jawatan Kosong Untuk Diisi Rakyat Malaysia

Salam u olsss...


Semalam masa tengah tengok siaran berita ai terperasan satu ayat yang keluar kat bahagian bawah mengenai lebih sejuta jawatan kosong untuk diisi tenaga kerja Malaysia.






Wahhh rupanya ada banyak lagi kerja kosong yang bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia secara berperingkat bermula Khamis ini yang akan diiklankan di beberapa akhbar tempatan.


Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).


Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).


Alwi berkata kekosongan jawatan bagi lebih sejuta keperluan tenaga kerja itu membabitkan lima sektor utama yang dikenal pasti banyak menggunakan khidmat tenaga pekerja asing iaitu perkilangan, pembuatan, perladangan, pertanian dan pembinaan.
(Sumber dari BERNAMA)


Jadi kepada rakyat Malaysia yangmasih menganggur dan tercari2 pekerjaan, jangan lupa beli surat khabar esok untuk tengok senarai pekerjaan yang ditawarkan.




p/s : nak beli paper jugak la esok tengok kot boleh isi kerja apa yang ada




6 comments:

  1. keje kosong berlambak tapi napa masih ada yg mengangur ye.. ni kes pilih kojelah ni.. last2 orang asing isi jawatan tu semuakan

    ReplyDelete
  2. @ Myvitrd : mmg ramai yg pilih keje jugak tapi kdg2 ada gak kes pilih kasih..tak der kabel kuat, susahla nak dapat...

    ReplyDelete
  3. erm..tp nape ssh je nak dpt ble apply..xlayak kot..huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam,
    abg eq singgah sini..dah ready nak raya belum ni? hehe

    ReplyDelete
  5. @ tiefazatie : sama laa ngn saya nie...byk dah apply tapi masih blom rezki lagi...

    ReplyDelete
  6. @ eqbalzack : wksalam...

    tq dtg singgah yer abg eq...tak sabar dah nak beraya nie...tak der mood kerja dah hihi

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke