Thursday, August 18, 2011

Esok bonus raya untuk pesara

Salam u olss...


Agak2nya ai menjadi orang terakhir kot nak cerita pasal bonus raya untuk semua pesara kerajaan.


Nie pun sebab semalam pergi bank nak cek my mum punyer bonus. Sekali kosong (0) tak der lagi bonus. Trosss rasa cuak pulak apesal bonus tak masuk lagi padahal selalu kalau gaji, pesara yang masuk dulu. Takut nama my mum tercicir dari senarai penerima.


Nak mesej kawan ai rasa menggangu pulak jadi tunggu datang pejabat jer hari ini nak tahu sebabnya.


Sampai2 jer kat opis trosss carik kat google bila tarikh sebenarnya bonus untuk pesara. Dan segala persoalan terjawab bila ai melawat belog CIKGU DAHLIA.


Rupa2nya ai terlepas pandang pengumuman dalam akhbar BERITA HARIAN pasal nie. Jadi kepada sesiapa yang macam ai yang tak tahu pasal nie jugak, meh ai kongsikan sket cerita dari Berita Harian tue....


Pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terbabit mulai Jumaat ini.
Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.
Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.

Pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. - BERNAMA 
 
 


DUIT RAYA RM10,000!

2 comments:

  1. besok bolehlah uncle keluarkan bonus tu .. terima kasih kerajaan kerana tak melupakan pesara.

    pasal pemelik blog tu, memang wanita. sengaja uncle tak mahu sebut takut digelar sexist pulak nanti.

    ReplyDelete
  2. @ al-lavendari : betul uncle..esok uncle boleh pi bank dah amik bonus..;)

    yer la uncle tak sangka rupanya dia seorang wanita..

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke