Rasanya masih belum terlambat untuk eyza sharekan dengan semua corat-coret yang berlaku di tahun 2012 dalam diri eyza. Sebelum nie eyza tak sempat nak taip sebab beberapa hal yang penting perlu diselesaikan segera.
Tahun 2012 bermula dengan azam baru dalam hidup eyza. Eyza bertekad menjadi orang baru untuk melupakan kesedihan atau kenangan tak best di tahun 2011. Jom eyza selongkar balik apa yang berlaku di dalam tahun 2012.
FEBRUARI
Di bulan Februari nie eyza mula kenal dengan rakan blogger yang sama kepala dan sengal iaitu MUMMY ADRIANA. Juga di bulan nie, sahabat baik eyza dihantar bertugas ke luar negara selama 2 bulan. Pastu dalam bulan Februari jugak eyza dapat berita member eyza nikah senyap-senyap di Siam sebab dapat halangan dari family perempuan huhu...Manakala pada 26 FEBRUARI 2012 ~ lahir anak sedara eyza yang ketujuh (MOHAMMAD FIRDAUS RIZQI)
APRIL
15 APRIL 2012 ~ kisah MIRI dan ALOR SETAR bersatu kembali bila sahabat terbaek eyza di alam maya iaitu iNCIk kembali dari pertapaan dia selama 2 bulan di beberapa negara luar.
MEI
Bulan yang paling eyza nanti-nantikan terutamanya di penghujung bulan MEI. Sebab pada 24hb Mei 2012, eyza sekeluarga sekali lagi mendapat jemputan dari Allah s.w.t untuk menjejakkan kaki di rumahnya. Gembira tak terkata bila eyza dapat peluang untuk buat UMRAH lagi.
JUN
Juga saat dinantikan bulan JUN sebab tak sabar nak balik Malaysia lepas umrah. Rindu pada family semua.
OKTOBER
Bulan yang rasanya menyebabkan eyza tak senang duduk. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bila pada bulan nie ada satu rombongan datang merisik. 20102012 ~ tarikh yang menjadi titik permulaan untuk menyatukan dua hati.
NOVEMBER
Mood kegembiraan menyapa di bulan ini bila pada tanggal 101112 dengan secara rasminya eyza bergelar tunangan orang.
DISEMBER
Bulan kelahiran eyza - 05122012. Tiada sambutan macam tahun lepas tapi sangat eyza hargai bila ada yang sudi mesej eyza. Mesej2 dari family dan orang tersayang cukup membuatkan ia satu hadiah bermakna buat eyza. Dan pada tanggal 121212 jugak menjadi tarikh bermakna dalam hidup eyza bila doktor pakar sahkan eyza bebas dari sebarang penyakit. Bermakna eyza seorang yang sihat!
InsyaAllah eyza berharap kedatangan 2013 akan memberi sinar kebahagiaan buat diri eyza dan keluarga terutamanya untuk mak dan ayah eyza yang selama ni sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anak-anak.
p/s : segala memori tak kisah la manis ker masam ker pahit ker tawar ker, bila dikenang-kenang balik pasti rasa nak senyum sorang-sorang jea hihi... (~_~)


