Thursday, June 13, 2013

RINDU pada Abah dan Emak



Di saat ini eyza sedang merindu abah dan emak. Walaupun sejak kahwin dah duduk asing dari abah emak tapi eyza masih tetap boleh menjenguk menatap wajah mereka secara langsung. Tapi kini mereka tiada di sini. Tiada di kala hati eyza memuncak terbit rasa rindu.


Eyza merindui mereka yang berada nun kejauhan di negara orang. Hari ini sudah masuk hari ketujuh abah dan emak eyza menunaikan UMRAH. Sungguh rasa rindu tu lain macam sangat. Sebab selama ni kalau pergi UMRAH,  mesti eyza akan ikut sama. Tapi kali ni dengan status sebagai ISTERI dan sebab eyza dah terlebih kelayakan pergi UMRAH, makanya kali ni mereka pergi tanpa eyza.




Semoga ibadah UMRAH mereka kali ni berjalan lancar dan mendapat berkat dari Allah s.w.t. Dan semoga mereka diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan selamat pergi serta selamat kembali ke tanah air.



p/s : tak sabar nak tunggu ISNIN menjelma dan mendengar kapal terbang mendarat...

6 comments:

  1. mereka pergi menjadi tetamu Allah...doakan kesejahteraan mereka disana ye......

    ReplyDelete
  2. Semoga selamat pergi dan kembali :) berdoa untuk dijemput menjadi tetamu Allah..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. @Remy hazza insyaAllah...eyza memang sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  4. @Nor Azreen Roslan tq erin...alhamdulillah mereka dah selamat sampai ke tanah air tercinta.

    ReplyDelete
  5. Saya belum pergi lagi, dok uruskan orang tua dulu. Sekarang ni syarat agak ketat sebab ibu tunggal

    ReplyDelete
  6. @Empayar Utama betul tu...masa mak abah eyza nak pergi umrah ni pun berapa kali kena tunda sebab Pak Arab hadkan kuota jemaah Malaysia.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke