Friday, March 1, 2013

Bengang dengan Kerenah Orang

Eyza tengah dilanda kebengangan saat ini sebab perangai orang lain yang sangat menyusahkan semua orang. Alkisahnya ini sebab kes permohonan pertukaran. 




Sejak penghujung bulan Januari lagi eyza dah peringatkan setiausaha pengarah untuk ingatkan bos untuk mengesahkan maklumat pertukaran kami semua sebab di jabatan kami semua pertukaran melalui online.  Dan hari terakhir sebelum eyza mula bercuti panjang iaitu pada 5 Februari pun eyza peringat dia lagi sekali. Dia kata YA YA. Dan eyza ingatkan benda ni dah settle lah sebab tarikh terakhir untuk bos klik permohonan pada 7 Februari. Jadi sepanjang waktu bercuti ni eyza tak kisah sangat lah pasal benda nie.


Dan bila eyza masuk kerja sekejap pada 14 Februari, member eyza yang jugak minta tukar tu suruh eyza semak permohonan. Sekali buka, terkejut tengok.






Aduiii sampai hati dia buat kami semua macam nie. Walaupun kami tahu belum tentu kami dapat bertukar, tapi sebab sikap dia tu semua orang jadi terkilan. Kami tak marah kalau tak dapat bertukar, tapi yang buat rasa bengang dan sedih tu, sebab permohonan kami tak dapat diproses di peringkat seterusnya gara-gara dia tak maklumkan dekat bos untuk klik permohonan kami. Bila eyza tanya dekat bos, bos cakap PA saya tak maklumkan apa-apa pun dekat saya. 


Kecewa sangat-sangat bila buka laman web tu. Berharap akan ada keajaiban berlaku tapi sekadar angan-angan mat jenin sahaja lah.





p/s : berchenta seharusnya membawa semangat kebaikan bukan mendatangkan masalah kepada semua orang!!!

2 comments:

  1. kena byr bersabar eyza... kita doakan semoga dipermudahkan.....

    ReplyDelete
  2. @Remy hazza insyaAllah remy...macam eyza cakap tu la...mudah2an ada keajaiban yg akan berlaku nanti.

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke