Sunday, November 25, 2012

Cerita semalam punya heuheuheu... (-_-)

Sekarang nie macam agak malas lah nak hapdet entri hohoho... nampak sangat penyakit MALAS mula melanda diri eyza...Ini pun dari tadi pagi bukak blog tapi satu apa pun tak taip hihi.. La ni baru mula nak mengarang ayat yang macam payahnya nak keluarkan idea nie dari kepala..Maybe nie lah akibatnya kalau malas mengasah minda hehe...Padahal dulu beria-ia eyza nak masuk kelas sastera demi minat mengarang dan mensasterakan diri... Tapi sebab dah lama tinggal bidang tue makanya teknik mengarang berpanjang ela dah tersangat dilupakan terus huhu...


Okeh la tak mau intro panjang-panjang sebab takut nanti lupa apa yang nak diceritakan. Sebelum tu walaupun dah terlepas tapi eyza tetap nak ambik kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT 10 MUHARRAM atau lebih dikenali sebagai HARI ASYURA. Masa hari asyura nie lah baru berkesempatan merasa keenakan bubur asyura yang sekarang ni makin dipelbagaikan resepi dia. Eyza paling suka kalau bubur asyura tu dicampur dengan pisang dan durian. Sedap sampai berkali-kali  nak makan hihi... 


kredit to HERE


Ada jugak yang berpuasa Asyura semalam kan tapi eyza tak boleh berpuasa pulak sebab nak menghadiri kenduri kahwin di Penang.


إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى وَلِيمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis kenduri perkahwinan (walimatul ‘urus), hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1429)



Kebetulan rumah kenduri ni terletak berdekatan Penang Port jadi bila tengok keadaan di Penang Port secara automatiknya teringat pada kawan baik eyza yang dok kat Miri la nie. Sapa lagi kalau bukan iNCik hehe... Dah lama rasanya eyza tak cerita perihal iNCik kat dalam blog nie hihi... Maybe esok ada lah kot cerita pasal dia sebab tengok kapal semalam terus ingat kat dia huhu...



 

Lepas habis kenduri tu ingat nak singgah ke Nagoya di Sungai Petani tapi sebab hujan sangat lebat maka destinasi diubah ke TESCO Sungai Petani jer.  Singgah minum dan makan sekejap bagi menghilangkan rasa kesejukan hujan tue. Duk target pukul 5 petang tu boleh la sampai di Alor Setar tapi kita hanya mampu merancang sahaja sebab hanya Allah yang menentukan segalanya. Nak bergerak keluar dari lampu isyarat dekat TESCO untuk ke Plaza Tol S/P (U) yang selalunya hanya memakan masa paling lama pun 10minit saja terpaksa ditempuhi selama 45 minit gara-gara keadaan jalan yang jem. Terperangkap selama tu pun eyza dah boring bangat, camnalah kehidupan orang kat KL yang tiap-tiap hari terperangkap dalam trafic jam nie. Bersyukurlah hidup di negeri yang aman tanpa kesesakan lalu lintas yang teruk nie.


Setakat nie dululah eyza menaip entri yang ntahapahapa nie hehe... Esok kita sambung balik yer tu pun kalau terRAJIN kehkehkeh...






p/s : tengah sedap mengarang ayat tetiba lalu dia yang cute kat depan nie... Perghhh sakit idung bau perfume dia yang kuat baunya hihi... (^_^)






4 comments:

  1. smlam dapat makan sikit je.. buka2 peti ais dah habis..huhu

    ReplyDelete
  2. @hnahdy mesti bubur tu sedap sampai awak tak sempat nak makan byk2 hihi... =)

    ReplyDelete
  3. @najwa's sangat2 sedap bila dicampur durian... terasa keharuman bau durian tue hihi... =)

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke