Monday, July 30, 2012

Masih Lagi Menunggu Berita ... (╯︵╰,)

Sehingga ke saat ini eyza masih menunggu panggilan dari kawan terbaek eyza yang duk kerja di MIRI tue pasal kes kapal yang terbakar dipanah petir di Labuan. Sebab nak tahu berita yang sebenar punca kejadian boleh berlaku.


Last dia call pun sehari sebelum kejadian. Jadi rasanya sekarang nie mesti dia tengah sibuk berada di tempat kejadian teman bos dia siasat punca kejadian.


Bukan tak boleh baca di surat khabar tapi dengar sendiri dari orang yang terlibat di bidang nie rasanya maklumat lebih terperinci.




SEBUAH kapal dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno, Labuan, meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lima pekerja yang berada di atas kapal hilang, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Shahril Azmi Baharudin, 28, berasal dari Melaka.

“Mayat mayat mangsa ditemui rentung 90 peratus di bahagian dek kapal. Empat mangsa yang hilang ialah Muhammad Nazrin Khamsani, 20, (Kuala Lumpur); Mohd. Hanafi Khalil, 24, (Melaka); Zahari Hassim, 46, (Negeri Sembilan) dan Colanggoy Errol Calaluan, 22, (Filipina)," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, 19 lagi anak kapal disahkan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.




p/s : berdoa mudah-mudahan cuti iNCik diluluskan dan dia dapat peluang beraya bersama keluarga tahun nie.

6 comments:

  1. insyaAllah...semoga dpt beraya bersama2 nanti...... remy tlg doakan sama...amin....

    ReplyDelete
  2. Yang nama Mohd Nazrin tue anak pegawai saya.. paling last sekali jenazah dia di jumpai..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. tak taw pun berita nie, al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. @Remy hazza thanks remy sbb tlg doakan sama...insyaAllah amin.

    ReplyDelete
  5. @Aujinz iya ker? camner la perasaan family dia kan...

    ReplyDelete
  6. @aNiss :):) kejadian pada hari Khamis nie aniss...

    ReplyDelete

Salam 1 Malaysia...
Komen diberi tanda mengomen,
Jadi Selamat Berkomen...
JE T'AIME... (✿◠‿◠)

Jom Baca

Copyright© All Rights Reserved Cherita Kasih Fizairi Edited by Caersasuke